Friday, August 19, 2016

Mendidik Anak Memuliakan Ulama'

بسم الله الرحمن الرحيم

Subhanallah....

Bumi Malaysia kini sering dikunjungi oleh para ulamak hebat dari serata dunia termasuk dunia arab.

Dahulu mana ada macam ini.

Peluang ini digunakan untun mendidik anak-anak mengambil keberkatan dan ilmu mendampingi para ulama'.

Seperti Sheikh Muwaffaq Al-Murabi' yang datang ke Kedah pada pertengahan Bulan Ogos yang lepas.

Alhamdulillah, ini adalah kali ke-3 sheikh datang ke Kedah dalam tempoh 2 tahun dan setiap kali sheikh datang ke Kedah, beliau akan hubungi kami mengkhabarkan kedatangannya dan kami sekeluarga akan pergi menziarahi beliau

Moga ada keberkatan dengan keakraban bersama para ulamak.


Kejutkan anak-anak seawal pagi, mandi dan bersarapan, kemudian
datang ke hotel di Sungai Petani untuk mengucapkan selamat tinggal
kepada Sheikh Muwaffaq yang akan bertolak ke Penang pula

Begitu juga pada Bulan Julai 2014, kami mengucapkan selamat tinggal kepada Sheikh Muwaffaq yang bakal berlepas pulang semula ke Turki






Ahmad Zaid bersama Sheikh Muwaffaq 6 bulan yang lalu

Semoga anak-anak mendapat manfaat dan keberkatan bersama para kekasih Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...