Tuesday, August 23, 2016

Mengutip hikmah Dr. Rotib An-Nabulsi

بسم الله الرحمن الرحيم

Sheikh Rotib An-Nabulsi adalah antara ulamak yang sering saya dan suami pergi ke majlis ilmunya ketika di Syria dahulu.

Jamik Nabulsi yang memakan masa lebih kurang 10 minit sahaja berjalan kaki dari rumah membuatkan kami mudah untuk pergi mendengar kuliahnya pada setiap minggu selepas Maghrib. Kami bawa bersama Abdul Rahman selepas kelahirannya.

Antara doa dan harapan saya adalah kedatangan Sheikh Rotib An-Nabulsi ke Malaysia untuk kembali mengutip mutiara-mutiara hikmah dari kata-kata beliau.

Kata-kata beliau sangat indah, tersusun rapi, dan penuh dengan pengajaran.




Alhamdulillah  Allah perkenankan doa itu. Sheikh Rotib An-Nabulsi datang ke Malaysia pada pertengahan Ogos lalu namun hanya di Kuala Lumpur.

Hari kerja menghalang kami untuk turut hadir dalam majlis ilmu tersebut.




antara mutiara hikmah dari Sheikh Rotib

Alhamdulillah dari grup akhawat, saya mendapat info tentang web audio ceramah-ceramah Sheikh Rotib An-Nabulsi yang tak pernah saya tahu sebelum ini...

Alhamdulillah.... sangat gembira..

Alhamdulillah saya sudah mula mendengarnya dan insyaALLAH akan selalu kutip hikmah di sana ...Aminnn

Teringat 10 tahun lalu bagaimana bersusah payah merakam kuliah sheikh dari radio setiap pukul 1.30 tengahari dari radio di Syria.

Begitulah usaha untuk mendengar kuliah-kuliah Sheikh Rotib An-nabulsi berulang-ulang kali.


InsyaALLAH Sheikh Rotib akan datang ke Kedah pula selepas ini...Aminnn...

Berada dalam majlis ilmu sangatlah indah.


Dipayungi sayap para malaikat.

Mengimbau memori 10 tahun lalu...


Aminnnn

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...