Monday, August 15, 2016

Duhai anak, Iman itu tidak boleh diwarisi

بسم الله الرحمن الرحيم


Iman itu tidak dapat diwarisi.

Menjadi anak kepada seorang ustaz tidak menjamin baiknya seorang anak itu.

Hatta seorang ustaz atau ustazah itu tidak dapat menjamin syurga untuk dirinya sendiri. Sentiasalah memohon kepada Allah agar mendapat husnul khotimah.

Kita hidup di bumi ini adalah untuk mati dalam husnul khotimah. Itulah impian dari hidupnya kita sehari-hari.

Ya Allah akhirilah hayat kami ini dengan husnul khotimah..

 Kerana itulah sepenuh hati doa saya panjatkan kepada Allah subahanahu wa taala agar Allah jaga anak-anak ini dan jadikan mereka ikutan bagi orang yang bertaqwa.

Usaha sehabisnya seiring dengan doa agar dapat mendidik mereka dengan baik.

Allah hindarilah mereka dari maksiat dan fitnah dunia.

Saya suka kongsikan perkembangan anak-anak di blog ini. ia menjadi memori dan rujukan anak-anak di masa hadapan.

Sekarang ini pun apabila anak-anak nampak komputer dibuka dan tiada orang menggunakannya, mereka akan minta izin untuk meninjau memori mereka ketika kecil melalui blog ini.

Seronok Abdul Rahman dan Abdullah melihat memori mereka sejak dari kecil di dalam blog ini.

Seronok mereka melihat gelagat mereka menghafaz Al-Quran ketika setahun dua usia mereka. Adakalanya mereka takjub dan adakalanya mereka gelak bersama-sama.

Itulah canggihnya teknologi masa kini.

Sedih pula bila mengenangkan gambar2 kami adik beradik masa kecil semua telah dimakan anai-anai di rumah mak...huhuhu


Video Abdul Rahman 9 tahun sekarang.








Hati ini amat sayu dan terharu melihat hafazan anak-anak sekarang ini.

Syukur sepenuh hati dipanjatkan ke hadrat Ilahi yang memudahkan urusan mereka mempelajari Al-Quran dan memudahkan mereka melaluui halangan ujian-ujiannya.

 Sentiasa dipanjatkan doa semoga mereka dapat berakhlak dengan akhlak AL-Quran, mentadabbur dan memahami isi kandungan Al-Quran dan mengajak masyarakat mencintai Al-Quran.

Amin Ya Rabb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...