Thursday, December 15, 2016

Air Mata Halab, Syria

بسم الله الرحمن الرحيم



Melihat video-video yang dikongsikan dalam laman FB tentang apa yang berlaku di Syria amatlah menusuk hati.

Sangat sedih.

Lebih-lebih lagi apabila yang ada pengalaman peribadi bersama warga Syria beberapa tahun di sana. Lebih terasa sedihnya dan lebih terasa kecewa atas kegagalan kita untuk membantu mereka selain derma dan doa.

Dikongsikan bersama  anak-anak video tersebut agar mereka juga tahu apa yang berlaku di dunia sekarang dan turut bersimpati dan mendoakan untuk ummat Islam seluruh dunia.

"Depa tak boleh nak lari. Depa tak dak tempat nak sembunyi. Rumah depa kena bom. Tak dak tempat yang depa boleh selamatkan diri."

Dua respon yang sangat berbeza selepas menonton video-video tersebut.




Abdul Rahman menekup muka pada bantal dan menangis.

Abdullah pula memberi ayat yang jelas.

“Takpe, depa mati syahid. Masuk Syurga!”

Kebetulan juga sedang menulis tentang tafsir ayat tentang peperangan pada hari tersebut.

“Sebab tu kita kena selalu doa Allah bagi kita keamanan, jangan sekali-kali fikir nak duduk dalam perang. Itulah yang Nabi ajar. Tapi kalau kita ada dalam perang, kita mesti sabar dan doa banyak-banyak. Kita mesti banyak doakan dan derma untuk Orang Syria .”

عَنْ سَالِمٍ أَبِي النَّضْرِ مَوْلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ وَكَانَ كَاتِبًا لَهُ قَالَ : كَتَبَ إِلَيْهِ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي أَوْفَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فَقَرَأْتُهُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ أَيَّامِهِ الَّتِي لَقِيَ فِيهَا انْتَظَرَ حَتَّى مَالَتْ الشَّمْسُ ثُمَّ قَامَ فِي النَّاسِ خَطِيبًا قَالَ:
(( أَيُّهَا النَّاسُ لَا تَتَمَنَّوْا لِقَاءَ الْعَدُوِّ وَسَلُوا اللَّهَ الْعَافِيَةَ فَإِذَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاصْبِرُوا وَاعْلَمُوا أَنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ ظِلَالِ السُّيُوفِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.))

Maksud hadis:
Salim Abu an-Nadlir, maula (hamba kepada) ‘Umar bin ‘Ubaidillah dan beliau adalah adalah juru tulis baginya meriwayatkan: ‘Abdullah bin Abi Awfaa Radiallahu Anhu menulis surat kepadanya (ketika dia keluar berperang untuk menghadapi kaum Al Haruriyah). Maka aku membacakan surat itu, (di dalamnya berisi keterangan) bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada sebahagian kehidupan baginda, saat bertemu dengan musuh, baginda menunggu hingga matahari tergelincir kemudian baginda berdiri di hadapan manusia lalu bersabda:
(( Wahai sekalian manusia, janganlah kalian mengharapkan berjumpa dengan musuh, akan tetapi mohonlah kepada Allah keselamatan. Dan apabila kalian telah berjumpa dengan musuh maka bersabarlah dan ketahuilah bahawa syurga itu berada di bawah libasan pedang.)) Kemudian baginda berdoa: ( (Ya Allah, Yang Menurunkan Kitab, Yang menggerakkan awan, Yang Menghancurkan tentera musuh, hancurkanlah mereka dan tolonglah kami menghadapi mereka.)) Hadis riwayat: Al-Bukhari


Allah hantarlah tentera-tenteraNya untuk menghancurkan musuh-musuh Islam, bantulah rakyat Syria yang tidak bersalah, angkatlah kesengsaraan mereka dan berilah ganjaran yang berganda kepada mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...