بسم الله الرحمن الرحيم
"Satu hari nanti abang dan adik akan masuk program Tijan AnNour ini dan menang, InsyaALLAH." Mama menyatakan hasrat beberapa kali ketika menonton rancangan TV Tijan Annour di TV Al-Hijrah .
Rancangan yang menampilkan anak-anak kecil yang membaca Al-Quran dan dihakimi oleh para sheikh yang muktabar di dunia Islam.
Saya lakukan seperti mana yang abah lakukan ketika kami kanak-kanak dahulu ketika kami menonton rancangan Musabaqah Hafazan Al-Quran di TV1. dan kata-kata abah itu diperkenankan ALLAH. Moga kata-kata saya juga diperkenankan Allah.
Amiin Ya Rabb
Kisah tersebut ada saya ceritakan dalam buku Aku Mahu Anakku Super Al-Quran Boleh dapatkan di sini: http://galeriilmu.com/v4/index.php?route=product/product&product_id=732&search=super |
Iklan tentang temuduga ujian saringan Tijan Annour di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan bagai melambai-lambai untuk disertai.
Ia adalah satu peluang keemasan yang tak patut dipersiakan.
Ia adalah mimpi yang mahu direalisasikan.
"Abang dengan adik nak masuk tak?"
Pandangan dan suara mereka kami dahulukan.
MasyaALLAH mereka begitu teruja dan bersungguh-sungguh berlatih setiap hari.
Alhamdulillah. Allah campakkan rasa suka dalam hati mereka.
Kami hadir awal pagi |
Alhamdulillah Abdul Rahman membaca tanpa rasa kekok dan takut |
Barisan juri yang hebat MasyaALLAH |
Bagi kami peluang seperti ini adalah peluang keemasan yang perlu direbut.
Niat kami agar anak-anak mendapat lebih banyak ilmu, memperbaiki diri sendiri dan tahu bahawa ilmu Al-Quran itu luas dan tidak cukup sekadar menghafaznya sahaja.
Selain dari itu, ia juga bertujuan mengasah keberanian anak-anak berada di khalayak ramai.
Moga ada keberkatannya |
InsyaALLAH pada entri akan datang saya akan kongsikan video bacaan Abdullah dan Abdul Rahman dalam ujian saringan ini.
Moga ALLAH berkati dan jadikan kami golongan yang bertaqwa. Amin
"Kejayaan sebenar itu adalah ketika kita masuk syurga."
Saya berkongsi kata-kata yang baru saya baca dalam facebook kepada anak-anak.
No comments:
Post a Comment