Saturday, December 17, 2016

Info Buku: 28 hari di NICU

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya tamat baca buku ini dengan air mata yang mengalir. 

Rasa sayu.

Dipeluk dan dikucup Zaid yang sedang tidur.

Kisah yang amat menyayat hati.

Kisah penuh pengorbanan

Membaca tajuk di kulit buku ini sahaja sudah memberi pandangan awal bahawa buku ini sarat dengan cerita pengorbanan dan air mata.


Tapi hati rasa amat tertarik untuk membaca buku ini sehingga tamat.

Serius permulaan buku ini amat menarik.

Ia ibarat permulaan yang penuh misteri dan tanda tanya yang anda akan temui jawapannya apabila anda tamat membaca buku ini.


Ini adalah kisah benar pengorbanan ibu bapa dan keluarga apabila bayi yang dilahirkan disahkan menghadap Sindrom Edward.

Perjalanan hidup mereka bersama bayi yang amat rapuh ini ditulis dengan amat baik sekali di dalam buku ini.

Saat sedih dirasakan begitu sedih sekali.

Saat gembira apabila mereka dapat melihat senyuman indah anak ini.


Istimewa lagi buku ini kerana ia berwarna sepenuhnya dan terdapat banyak gambar yang dapat menambah info dan menjelaskan gambaran sebenar perjalanan cerita di dalam buku ini.

Buku ini menyuburkan rasa syukur, tawakkal dan usaha dalam hati pembaca.

Pengalaman penulis yang berharga yang dikongsi dan ditulis dengan sebaiknya.

Allah berkati kita semua.

Amin.



2 comments:

  1. terima kasih atas info buku ini.
    saya ibu saudara kepada anak syurga ini, nur wafiatul zarifa...
    moga Allah membalas jasa tuan/puan

    ReplyDelete
  2. Sama-sama.. buku yang elok, baik diwar-warkan agar orang lain pun mendapat manfaatnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...