بسم الله الرحمن الرحيم
Antara hikmah yang dapat saya kutip ketika anak-anak dijangkiti demam campak tiga bulan lalu ialah semangat kekitaan dan mengambil berat tentang orang lain.
Apabila jiran dan rakan-rakan sekerja tahu tentang sakit anak-anak, mereka tidak lokek untuk berkongsi tips dan pelbagai petua
ketiga-tiga dapat pengalaman diuji dengan sakit campak sekam |
Begitu juga mereka rajin untuk memberikan daun-daun untuk dibuat mandi supaya hilang gatal dan cepat sembuh demam campaknya seperti daun mambu, daun bayam duri dan daun pandan.
Dedaun ciptaan Allah mampu mengeratkan hubungan sesama manusia dan menyemai kasih sayang dan ukhuwwah.
Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment