Thursday, December 29, 2016

Info Buku: Buku Syria: Talaqqi, Demi Ilmu Aku Mengembara

بسم الله الرحمن الرحيم


Masa zaman kanak-kanak, saya selalu dengar mak bercerita tentang kerinduan mak terhadap tempat mak belajar di England dulu. 

Pelik kenapa begitu rindu sekali kepada tempat belajar dulu?

Kini, apabila telah meningkat dewasa,saya pula menjadi seperti mak, sering bercerita kepada anak-anak tentang Syria, tempat kami belajar dulu dan tanah kelahiran Abdul Rahman.

Terkenang-kenang pelbagai memori di Syria dulu.

Apabila tahu terbitnya buku  travelog pelajar Malaysia di Syria : TALAQQI, DEMI ILMU AKU MENGEMBARA hasil karya Anwar Majdi, rasa teringin sangat nak baca. 

Teringin nak tahu pandangan dan cerita orang yang pernah belajar di sana bertahun-tahun.


Membaca buku ini juga membuat teringat-ingat kenangan kami berjalan kaki malam-malam, menuntut ilmu, bertalaqqi di jamik-jamik di Syria. Seperti yang pernah ditulis di entri di bawah ini:



Istimewa lagi buku ini adalah kerana terdapat banyak gambar yang boleh memberi gambaran tentang syria.


Buku ini juga menceritakan pengalaman sebenar, susah payah, pahit manis kehidupan para pelajar Malaysia di Syria. 

Pengalaman-pengalaman yang belum ditulis dan diceritakan oleh orang lain.

Pelbagai memori yang telah terlupa setelah lebih 10 tahun meninggalkan  Syria diimbau kembali. MasyaALLAH.

Abdullah dan Abdul Rahman pun sama-sama turut berebut nak baca dan tengok gambar di dalam buku ini sebelum sempat lagi kami baca buku ini.

"Biarlah abang yang tengok dulu, ini kan cerita pasal negara abang lahir." Abdul Rahman mengemukakan alasan kenapa dia perlu menang dan membelek buku itu dahulu.

"Biarlah depa berebut nak baca buku tu. Nanti InsyaALLAH satu masa nanti bila Syria dah aman, depa pulak pi mengaji di Syria nanti." Baba menenagkan keadaan.

MasyaALLAH Syria memang sumber ilmu Islam yang sangat kaya dan perlu diambil sebanyaknya, terlalu ramai ulamak yang tinggi ilmunya, kaya akhlaknya, tawadhuknya dan murah hati. MasyaALLAH, itulah yang membuatkan ramai merindukan Syria.

Moga Syria kembali aman dan memberi banyak manfaat ilmu Islam kepada kita. 


Amin Ya Rabb.

Terlalu kasihan dengan nasib rakyat Syria sekarang ini.

Semoga semuanya kembali tenang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...