Tuesday, December 6, 2016

Komen: Berbaloikah pergi ke MAHA2016 ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara aktiviti yang diviralkan pada musim cuti kali ini ialah MAHA2016.

Kami juga terkena tempias viralnya MAHA2016 dan rasa teruja melihat post-post tentangnya.

Keputusan untuk ke MAHA 2016 adalah agenda sampingan kami selama 2 hari di Shah Alam dan Kuala Lumpur.


Tujuan asal musafir kami ialah untuk mengikuti pengajian Kitab Hadis Al-Adabul Mufrad bersama Sheikh Mustafa Bugho di Masjid Negeri Shah Alam.

Walaupun dalam tempoh menulis tesis, tetapi tetap ada rasa rindu menggamit untuk menadah kitab menuntut ilmu dari para sheikh.

 KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT LEBIH LAGI ENTRI TENTANG TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG PATUT DILAWATI

Terkenang sangatlah zaman di Syria, berjalan kaki pergi talaqqi dengan Sheikh Wahbah di jamik Kuwaiti dan tempat-tempat lain...
(InsyaALLAH akan ditulis pada entri yang lain)

Tujuan utama kami ke Shah Alam dan Kuala Lumpur dalam masa 2 hari



Bertolak pukul 4 pagi hari Ahad dan sampai semula ke Kedah jam 9 malam Hari Isnin.


berpagi-pagi dalam kereta

Sebelum pulang ke Kedah kami merancang untuk 'singgah' ke MAHA 2016, tapi akhirnya ia bukanlah hanya 'singgah' sebaliknya lebih 5 jam kami 'terkurung' di sana.


Kami ingat kami sampai pukul 10 pagi (baca dalam internet MAHA 2016 buka jam 10 pagi hingga 10 malam) orang tak ramai, rupanya sudah ramai orang,tetapi tidak padat kerana bukan hujung minggu.

Jalan juga tidak jem walaupun banyak kereta.

Baca di dalam internet ketika hujung minggu sangat padat.

Komen tentang MAHA 2016:

1- Tempatnya sangat-sangat luas dan besar. Banyak kilometer! 

Antara satu-satu zon pameran perlu naik trem, nak jalan kaki sangat-sangat jauh (kecuali kalau anda pergi tanpa anak-anak kecil, boleh marathon sesuka hati), jadi persiapkan diri anda dengan pakaian, kasut yang sesuai dan janganlah bawak banyak sangat barang, susah nak turun naik trem.

2- Google dan kenal pasti peta MAHA 2016. Teliti dahulu zon yang anda ingin lawati. Ia terlalu besar untuk dilawati dalam masa sehari. Pilih sahaja tempat yang ingin dilawati dahulu.



5 jam kami di sana pun bukan dok belek semua benda. 

Banyak yang kami tak tengok dan lawati


Yang paling seronok untuk kanak-kanak adalah Rumah Upin Ipin.

Bayaran masuk untuk 2 dewasa + 2 kanak-kanak ialah rm60.

Ia sangat menarik dengan pelbagai aktiviti.

Banyak aktiviti boleh dilakukan anak-anak dalam rumah Upin Ipin di MAHA2016





setiap seorang diberi 1 pasu untuk tanam benih dan anak pokok

Memilih benih yang ingin ditanam
Giant Rockmelon !!

Tapi memang disediakan rockmelon juice dan rockmelon untuk dimakan secara percuma


Lebar senyumannya kerana dapat hadiah selepas menjawab soalan
di atas pentas.


Kami terus keluar selepas itu, tak saksikan pun acara pentas.

3- Jika bawa anak kecil, pastikan ada stroller yang mudah dilipat (untuk mudah naik turun trem) kipas kecil dan bersedia dengan payung. Cuba untuk tidak pergi pada hujung minggu. 

4- Anda memang kena banyak melangkah (sampai anak-anak pun mengeluh lenguh jalan banyak)  walaupun antara zon anda perlu naik trem, tapi tetap kena banyak berjalan untuk melawat pameran-pameran.

Buggy yang disediakan adalah untuk petugas dan VIP. 

Panas hati juga bila kita penat-penat berbahang panas litlit berjalan,tapi ada orang yang senang lenang naik buggy dan kereta. 

Terfikir pula gambaran di akhirat nanti, kita perlu perbanyakkan ibadah di dunia ini agar kita dapat bersenang lenang di padang mahsyar nanti. Amin Ya Rabb..

5- Makanan dan minuman di sana sangat banyak, tak perlulah nak bawa bekal. harga pun OK saja. 

6- Siapkan diri anda untuk beratur panjang dan menunggu untuk menaiki tram dan bas.

7- Yang paling penting, study dulu peta MAHA2016 elok-elok kerana anda akan menyesal jika dah banyak melangkah, tapi kena patah balik, turun naik bukit.

Penat!


Teruskan melangkah kalau nak balik ke tempat parking



8- Pergi seawal pagi (pukul 10 pun orang dah ramai) ketika cuaca sesuai untuk berjalan dan lawati dulu pameran outdoor seperti Zon C & D (ternakan ke, perikanan ke, ladang nenas ke, atau jentera) dahulu.

Pameran indoor (Main Hall dan Zon A) yang berhawa dingin boleh ja ditangguh kemudian.

9- Jika anda tinggal berdekatan, boleh ulang pergi ke MAHA sehingga 11 disember ini.

Banyak pengalaman baru dan ilmu yang boleh didapati.

Ia berbaloi dan  menyeronokkan walaupun penat berjalan dan panas.


Namapun Malaysia kan?






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...