بسم الله الرحمن الرحيم
Kami selalu teringin nak pergi ke Cianjur, Indonesia kerana mahu jumpa sahabat kami yang sangat baik hati di sana.
Mereka ialah: Muhammad, Zahid, Mustafa dan Yaman.
Di depan Universiti Imam Asy Syafie |
Mereka tinggal di Unervesiti Imam Asy-Shafie.
Ayah mereka adalah pensyarah di sana.
Di situ kawasannya besar sangat dan cantik. Udaranya sangat sejuk dan segar.
Apabila saya tahu bahawa ayah saya merancang untuk pergi ke Cianjur, Indonesia, saya rasa sangat gembira
dan tidak sabar mahu ke sana.
Saya ternanti-nanti 21/ 1 /2017 untuk kami pergi ke Indonesia.
Kami bertolak pukul 4 petang dan sampai ke Lapangan Terbang Jakarta pada pukul 8 malam.
Kami menaiki kereta anak murid Sheikh Mahir dari Jakarta menuju ke Cianjur.
Kami sampai di univesiti pukul 2 pagi.
Hari ketiga kami pulang ke Malaysia.
Kami berasa sedih sangat.
Begitulah kenangan saya di indonesia
No comments:
Post a Comment