Thursday, November 30, 2017

Kurnian ALLAH penghibur hidup

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika kita perhatikan banyak kurnian ALLAH di sekeliling kita yang menjadi hiburan buat kita sekeluarga.

Antaranya ialah binatang.

Pelbagai binatang yang ALLAH jadikan menjadi hiburan untuk manusia.

Allah boleh hadirkan rasa seronok dalam hati apabila kita melihat binatang-binatang. Sebab itulah harga tiket masuk zoo makin mahal...hahaha

Begitu juga dalam keluarga kami.

Anak-anak apabila dapat melihat banyak lembu yang pulang petang untuk sangat seronok.

Seronok mengejar belakang lembu sepanjang sungai.

Macam seronok pergi ke zoo.

Lembu-lembu pulang petang.

Seronok apabila sama-sama ikut penjaga lembu menghalau lembu
pulang ke kandang 

Berpeluh-peluh keseronokkan mengikut lembu

Begitu juga dengan kisah benar bergambar ini yang dikongsikan kepada anak-anak ketika sedang bersiap untuk ke maahad.



Saya ceritakan kisah kucing-kucing yang tumpang bersarapan di laman rumah kami selepas subuh.

Kami tidak membela kucing, namun sentiasa menyediakan makanan kucing di luar rumah.

Setiap pagi, jika terlewat keluar, pasti kucing-kucing akan bising menunggu kami menuang makanan
kucing untuk mereka.

Sedang kucing-kucing ini makan, datang kucing besar ini.

Terus kucing oren di belakang sana berhenti makan, berundur dan duduk diam di belakang sana.

Ia nampak ketakutan.



Sampai menyorok belakang tong sampah kucing oren ini
dan mengintai-intai jika kucing besar itu sudah pergi.

Apabila kucing besar itu dah pergi, barulah kucing oren itu keluar dan
sambung semula makan.


Beberapa minggu selepas itu, ketika menyidai pakaian bersama Abdul Rahman, tiba-tiba Abdul Rahman menjerit sambil menunjuk ke arah siling.

"Mama, kaki atas siling!"

Kaki kucing yang sedang tidur di atas siling



Terkejut bila lihat beberapa kaki kucing terjulur celah siling di tengahari. Mungkin kucing itu sedang qailulah.

Cerita-cerita yang remeh, tapi mampu memberi kebahagian dalam keluarga.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...