Monday, November 11, 2013

Perkembangan arnab di rumah

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah sepanjang kami memelihara arnab (dari sebulan sebelum Ramadhan rasanya) , pengalaman kami, sudah 3 kali arnab peliharaan melahirkan anak... ada yang mati, ada yang hilang  dan ada yang selamat membesar hingga ke hari ini.

Ini adalah anak arnab yang terbaru, selepas 2 ekor yang selamat membesar ( seperti yang diceritakan di sini):


warna putih
ketika ini mereka berusia 2 minggu

adik beradik

Abdullah sangat suka main dengan arnab
ini adalah carrot!
kraf yang anak2 buat bersama sepupu mereka menggunakan pipe cleaner
Set pipe cleaner yang dibeli beberapa bulan lepas.
Pernah ditulis di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/04/craft-pipe-cleaner.html

http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/04/hasil-dari-kraf-pipe-cleaner-lagi.html
Mereka buat sendiri.


sepupu2 anak2 turut suka bermain dgn arnab


kecomelan yang terserlah
Keadaan  anak arnabyang berusia bawah seminggu adalah sangat fragile. Selalunya kematian berlaku ketika ini.Sedih......

ibu arnab dan anak2nya yang syok tidur
ketika ini anak arnab sangat suka tidur.
usia: dua minggu lebih


TEKA TEKI:
V
V
V
V
V
V
V
V
V
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


berapakan arnab yang betul (hidup) dalam gambar ini?
ini juga adalah hasil kreativiti anak2
=)

Saturday, November 9, 2013

Tips untuk mengajar anak berkomunikasi dalam Bahasa Arab (Siri 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya ALLAH... sebenarnya malu sungguh nak bercerita tentang tajuk ini. Bagaimana saya mendidik anak berkomunikasi dalam Bahasa Arab. Kerana saya rasa bahawa saya masih belum berjaya lagi sepenuhnya. Perjalanan masih jauh lagi... Tapi atas niat ingin berkongsi manfaat, meninggikan semangat masyarakat luar dalam mendidik anak2 cintakan bahasa Al-Quran, InsyaALLAH saya cuba kongsikan sebaik mungkin InsyaALLAH

Entri ini juga adalah untuk menjawab soalan Ummu Muhammad tentang bagaimana nak mendidik anak berbahasa Arab bagi ibu bapa yang tidak kuasai dalam Bahasa Arab.

InsyaALLAH saya akan cuba menjawab soalan tersebut dengan izin ALLAH.

Bagi saya, kanak2 boleh bercakap apa saja bahasa yg diajar.... Seperti kanak2 kecil yg boleh speaking jika diajar setiap hari dari kecil. Begitu juga dengan Bahasa arab. caranya sama sahaja.

Apa2pun, jauh di lubuk hati, dari dahulu2 lagi, memang saya berdoa dan berharap agar anak2 mahir Bahasa Arab sejak dari kecil seiring dengan mahir AL-Quran. (ALLAH perkenankanlah doa ini)

OK. (iklan sebentar) , bila bercakap tentang doa, ingin sangat saya berkongsi satu status dalam FB yang sangat saya suka:

Kembali semula  ke cerita cara saya mengajar anak berkomunikasi dalam Bahasa arab.

Sebenarnya kebanyakkan usaha mendidik anak2 dalam Bahasa Arab, banyak saya nukilkan di sini:

Jika anda benar2 bersemangat waja, ingin berusaha mendidik anak dengan Bahasa Arab, bolehlah belek2 entri dalam link tersebut.

OK. Antara tips yang boleh saya kongsikan dalam kami mendidik anak2 berkomunikasi dalam Bahasa Arab:



Dalam apa2 hal sekalipun, pastikan niat kita ikhlas kerana ALLAH. Ingin mantap dalam BA kerana cintakan bahasa pertuturan Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam dan ingin mendalami Al-Quran.


Kita bukanlah siapa2 tanpa bantuan ALLAH.

Pasti akan hadir rasa lemah semangat, sedih, pening...dan macam2.
Maka pohonlah kekuatan kepada ALLAH supaya dikurniakan kekuatan, sokongan, dan istiqamah dalam berkomunikasi dalam Bahasa Arab.

OK.
selepas mantap perkara asas (dalaman: hati).......

perkara yg pertama-tama yang perlu dilakukan ialah mengenalkan anak dengan vocab2 dalam bahasa Arab.

Walaupun anak itu bayi sekalipun, kenalkan semua benda dalam Bahasa Arab.
semua benda.....

Kenalkan benda yg ada disekeliling, yang dilihat tiap2 hari dalam Bahasa Arab.

mata, tangan, kucing, makanan........ apa saja.

Untuk ibu bapa yang tiada asas Bahasa Arab, boleh  rujuk kamus bergambar (untuk dapatkan perkataan arab n idea) tak pun rujuk je Google Translate (wpun selalunya tak berapa nak tepat.....)

Antara entri langkah saya kenalkan anak2 dengan vocab arab adalah seperti di bawah ini:
1- vocab ttg haiwan: tonton video di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/01/fun-n-educational-activity-book.html

2- lagi video di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2010/06/belajar-sambil-bermain-atau-bermain.html

3- sini juga:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2010/06/mari-mengajar-bahasa-arab.html

4- http://cinta-rasul.blogspot.com/2010/06/mari-belajar-nama-nama-binatang-dan.html


Bila setiap hari anda kenalkan anak dengan benda2 baru dalam Bahasa Arab, INsyaALLAH dia akan mengumpul banyak vocab Bahasa Arab.

Gunakan perkataan tersebut setiap hari supaya anak2 biasa dengan perkataan tersebut .

Banyak mendengar dan menonton video dalam Bahasa Arab akan membuatkan kanak2 cepat menangkap ayat yang digunakan.

Saya sering bercerita ttg aktiviti anak2 mempelajari Bahasa Arab dari video2 kartun dalam Bahasa Arab seperti di sini:







7- 


Gantikan kartun upin ipin, boboiboy dan lain2 dengan kartun Bahasa Arab. Anak2 akan dapat menangkap bahasa yang digunakan.

Begitu juga dengan nasyid Bahasa Arab. Supaya lidah anak2 biasa dengan Bahasa Arab, seperti di sini:






PERHATIAN!!! TAPI SEBELUM SAYA MENAYANGKAN ANAK2 DENGAN KARTUN2 ARAB, SAYA KENALKAN MEREKA DENGAN AL-QURAN DAHULU. JANGAN TAYANG KARTUN KETIKA ANAK2 TERLALU KECIL KERANA MEREKA AKAN SUKAKAN KARTUN (YG BERGERAK2 DAN BERWARNA-WARNI ITU) DAN AKAN MENGAKIBATKAN MALAS MEMBACA. harap maklum


OK, sudah panjang lebar entri ini.....

InsyaALLAH setakat ini dahulu buat masa ini, InsyaALLAH saya akan sambung langkah2 yang lain pada entri yang akan datang.

Entri ini adalah berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya.

Thursday, November 7, 2013

Berseronok sambil menderma di KARNIVAL KO-KURIKULUM Pusat Pengajian Islah, Sungai Petani

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, cuti hujung minggu lepas dapat diisi dengan aktiviti mengikat hubungan kekeluargaan.

Mulanya apabila terlihat iklan pemplet (Hari KO-Kurikulum, Membeli sambil menderma) yg diedarkan di tahfiz,  anak2 pun beria2 mengajak untuk pergi ke Pusat Pengajian Islah, Pokok Asam, Sungai Petani.

Tujuan utama Abang Abbudey ialah ingin menunggang kuda dan pocket bike....

Pelbagai acara yang menarik terdapat di Pusat Pengajian Islah pada hari itu, antaranya:
istana angin, 

bola air

dua beradik kepenatan

beratur sebelum dapat menunggang pocket bike

terserlah kepuasan dan keseronokan di wajah Abang Abbudey bila tiba gilirannya

terdapat juga pameran kapal terbang kontrol



ini iklannya,
tapi kami hanya hadir pada waktu pagi sahaja, tak pergi pun konsertnya.

Aktiviti semacam ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan stress kerja keras selama seminggu =)

Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijarah 1435H

ALLAH berkati usia kita semua, menjadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan kita di akhirat.
AMIN3

Hijrah menuju ALLAH dengan amalan2 yang membawa kita lebih mendekatkan diri kepada Ilahi.

Monday, November 4, 2013

Kemahiran bercerita budak 5 tahun (dalam Bahasa Arab)

بسم الله الرحمن الرحيم


MasyaALLAH, sudah hampir sebulan blog ini tidak diupdate. Pelbagai kisah dan kejadian berlaku dalam sebulan ini menghalang usaha untuk mengupdate blog (amboi alasannya!)  =P

Kalau pada awal tahun dahulu (sat saja nak habis tahun dah), saya ada kongsikan video Abdullah bercakap dalam Bahasa Arab (klik sini), Kali ini, InsyaALLAH saya akan kongsikan video Abdullah bercerita dalam Bahasa Arab.

Video ini dirakam pada hujung bulan lepas. Dalam video ini, saya meminta Abdullah bercerita dalam Bahasa Arab.

Dan inilah hasil ceritanya:



Doa saya moga ALLAH sentiasa semarakkan hati kami sekeluarga dan anda juga cintakan bahasa AL-Quran, Bahasa pertuturan Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.

ALLAH berikan juga isitiqamah dalam usaha kita semua untuk memantapkan diri dan keluarga dalam Bahasa Arab.

Untuk makluman, Abdullah bukanlah menghafal cerita ini. Ini adalah 1st time dia bercerita. Secara spontan sahaja ceritanya.

Ceritanya tentang naga dan arnab.... lucu sahaja ceritanya =)

Perkembangan saya mengajar anak dalam Bahasa Arab boleh di baca di sini InsyaALLAH.
http://www.cinta-rasul.blogspot.com/search/label/Belajar%20Bahasa%20Arab
Dan kami masih lagi meneruskan usaha untuk memantapkan bahasa arab dalam keluarga kami InsyaALLAH. ALLAH kurniakanlah istiqamah dan permudahkanlah segala gerak kerja kami. Amin3.

InsyaALLAH jika ada kelapangan pada masa hadapan saya akan kongsikan cara saya mendidik anak dalam Bahasa Arab.Moga bermanfaat kepada orang lain. Amin.

p/s: sudah reka point2 di sini:

INsyaALLAH akan cuba dikongsikan pada masa hadapan InsyaALLAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...