Thursday, October 4, 2012

VCD pembelajaran yang sangat membantu

بسم الله الرحمن الرحيم

Entry kali ini InsyaALLAH saya akan berkongsi dengan anda vcd pendidikan yang kami beli 5 tahun dulu (waktu balik dari Syria dulu)

Alhamdulillah vcd tersebut masih elok dan boleh dipakai lagi (sbb tak selalu guna pun.... =P)

Inilah vcd yang dimaksudkan

Boleh layari website tersebut utk maklumat lanjut ttg syarikat yg membuat vcd ini:
http://child-songs.com/index.php

dan ini fb mereka:
http://www.facebook.com/pages/Makkasoft-Company/191865910824218

Bermain dan belajar bersama Simsim dan Samasim (nama watak dalam vcd ini)
Apa yg best sgt tentang vcd ini?

Sebenarnya vcd ini banyak memberi aktiviti kanak2 yang memerlukan fokus dan perhatian yang tinggi. Ini dapat menggalakkan kanak2 untuk fokus dan menggunakan akal fikiran untuk mendapatkan jawapan.

Dulu masa anak-anak kecik, depa x paham lg mcmana nak guna vcd ini.

Watak dalam Simsim dan Samasim akan memberikan soalan dan beri peluang untuk anak-anak menjawab soalan. Kemudian mereka akan memberi jawapan kepada soalan tersebut.

Comel je soalan2nya.

Abdullah meneka jawapannya
Kalau rasa agak susah nak faham, jom kita tengok video di bawah ini.

 Kami mainkan vcd ini dalam kereta dalam perjalanan ke sekolah. Dari rumah ke sekolah = 25 KM = setengah jam. macam2 boleh buat dalam setengah jam tu, kalau masak nasik pon boleh siap.


Antara soalan yang ditanya dalam video di atas ialah:
Dia minta cari gambar yang sama bg dengan gambar yang ditunjuk.
Jadi ia melatih anak2 supaya mengingati susunan gambar2 tersebut



Dalam video ini pula soalannya:
1- Dia minta isi gambar yg sesuai dalam gambar tersebut. Macam buat puzzle.
2- Dia tanyakan keldai itu berada dalam gerabak keretapi warna apa? dan keretapi itu bergerak cepat. Jadi ia melatih otak kanak2 utk fokus dan matanya kena cepat tangkap warna gerabak keretapi yg ada keldai dalamnya.


malahan anak2 juga dibiasakan dengan bahasa arab.

Dan satu lagi yang sangat suka tentang vcd ini ialah ayat2 islamic yg digunakan oleh Simsim dan Samasim. Bahasanya sangat indah dan comel
Antaranya:

الحمد لله على نعمة الذكاء = Alhamdulillah atas nikmat kecerdikan

على بركة الله = Semoga diberkati ALLAH

توكلوا على الله = Tawakkallah kepada ALLAH

Walaupun ia hanya kartun ,tapi ayatnya yang berbentuk doa itu sangat indah....

OK. bagaimana pula dengan anda? Jom kongsi  maklumat VCD yang bagus yang anda miliki.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...