بسم الله الرحمن الرحيم
Kalau diikutkan dan dikira, banyaknyalah yang anak2 saya belajar dari mesin.
Kalau dahulu mereka menghafal Al-Quran dari mesin (radio dan audio), sekarang ni mereka berjaya belajar berkomunikasi dalam bahasa Arab melalui mesin juga.
Iaitu melaui video2 kartun You tube.
Sebenarnya saya memang sentiasa berazam untuk berkomunikasi dengan anak2 menggunakan bahasa Arab.
Walaupun memang kami menggunakan beberapa patah ayat dalam Bahasa Arab, namun saya masih tidak berpuas hati selagi saya tidak mampu untuk berkomunikasi dengan anak2 dalam Bahasa Arab lebih dari 80% sehari.
Dan seringkali juga kami berazam untuk bercakap dengan anak2 dalam Bahasa Arab.
Akhirnya, kini saya dapati bahawa video kartun dalam Bahasa Arab sangat membantu anak2 untuk berkomunikasi dalam bahasa itu.
Anda boleh lihat hasilnya dalam video di bawah ini:
Abdullah (4 tahun) menerangkan lukisannya dalam Bahasa Arab.
Bahagianya!
ALhamdulillah!
Masih banyak kesalahan Nahu namun ia adalah satu peningkatan prestasi yang membanggakan.
InsyaALLAH akan dapat diperbaiki pada masa hadapan
INilah lukisan ayam yang adik lukis dan warnakan |
Abdullah kata ini kucing. Dia lukis dan warna |
Bahagianya dapat bercakap Bahasa Arab dengan anak2! Alhamdulillah!
Alhamdulillah sekali lagi mesin membantu saya dalam mendidik anak2.
Oh. di link di bawah ini, anda boleh dapati banyak kartun2 yang baik2 dalam bahasa arab (baku/ fus ha) yang bagus dan biasa saya pertontonkan kepada anak2 sehingga mereka berjaya berkomunikasi dalam Bahasa Arab.
(PERHATIAN: Walaupun demikian, jangan biarkan mereka terlampau lama di hadapan screen dan terlalu dekat dengan screen kerana ia akan menyebabkan kesan buruk kepada FOKUS, PERHATIAN dan MATA mereka! )
inilah link tersebut
http://www.youtube.com/user/deiclone123/videos?view=1
kartun2 yang menggunakan Bahasa Arab baku/fus ha |
terime kasih ustazah! abu muhammad pandailah sket2. komunikasi harian ringkas biase dgn muhammad.ummunye hancusss :P
ReplyDeletep/s: ingat tak VCD yang ustazah bagitau harri tu tntng games arab ..ape ye link die dan kalau kat malaysie dimane boleh beli?
boleh tahu, selalu berapa lama..anak dibenarkan menontot youtube.
ReplyDeleteAssalammualaikum Ustazah
ReplyDeleteApakah link kartun-kartun bahasa arab ni?
Assalamualaikum.
ReplyDelete1- Ummu Muhammad: saya ada send emel kepada UM ttg tempahan telekung, ada dapat x?
Tentang link games arab tu, inikah yg dimaksudkan?
http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/10/vcd-pembelajaran-yang-sangat-membantu.html
maklumat lanjut ttg pembelian vcd, mungkin boleh dapati di sini:
http://child-songs.com/index.php
http://www.facebook.com/pages/Makkasoft-Company/191865910824218
2- Puan Aryaiti Bakri:
Selalu ABdullah menonton kartun bahasa Arab di nursery dan pada waktu malam selepas hafazan AL-Quran (sebagai ganjaran dia membaca dan menghafal) dalam setengah jam. kemudian masuk tidur sebelum pukul 10.
Tetapi anak2 ini amat jarang sekali menonton TV hatta kartun di TV.
Tetapi mungkin perlu saya sebut, tidak sesuai untuk pertontonkan kartun kepada anak bawah 3 tahun kerana anak itu akan terlalu suka kepada kartun dan tidak mahu membaca dan membuat aktiviti lain..
Alhamdulillah anak2 ini kenal dengan AL-Quran sebelum kenal kartun. kalau tidak mereka tentu suka tonton kartun sahaja dan tak mahu mengaji.
Puan Rozana:
ReplyDeleteIni link video you tube kartun arab di atas
http://www.youtube.com/user/deiclone123/videos?view=1
kagumnya, cikgu pun macam um, bahasa arab hancusss huhu....kartun ni bukan sesuai utk anak jer, nampakya mak mak pun bleh belajar jugak ni.
ReplyDeletealhamdulillah. Jazakillah cikgu.
DeleteMinat yg mendalam n usaha pasti membuahkan hasil! =)