Thursday, December 11, 2014

Ziarah ke Maahad Az-Zein Al Makki, Tegalwaru, Bogor, Indonesia

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara tempat yang kami sempat ziarahi dan termasuk dalam plan percutian ini ialah:
Menziarahi pondok yang diasaskan oleh Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari


Tempatnya sangat besar dan damai.

Antara gambar kawasan pondok ini:
.
.
.
.
.
.
.
.
.







MasyaALLAH seronok bila melihat tempat pengajian yang subur dengan ilmu dan cinta Allah.

TEMPAT MENARIK DI INDONESIA

  1. Cianjur ( November 2014)
  2. Taman Bunga Nusantara, Indonesia
  3. Taman Safari Indonesia 2014 ( November 2014)
  4. Ziarah ke Maahad Az-Zein Al Makki, Tegalwaru, Bogor, Indonesia
  5. Percutian di Lido Lakes And Resort, Sukabumi, Bogor ( November 2014)
  6. Percutian di Jakarta dan FM7 Hotel Jakarta ( November 2014)

Wednesday, December 10, 2014

WW: Seni tanaman Abang Abbudey

بسم الله الرحمن الرحيم

Rumput2 wheatgrass ini nampak menarik dan tersusun sahaja di saluran air ini. Sampai ada orang tanya benihnya beli di mana?





Sebenarnya adalah hasil sisa dedak ayam yang bersepah yang Abang Abbudey sapu di sini.

Kemudian selalu kena air hujan dan tumbuhlah rumput dari dedak ayam itu

Kira ini rumput dedak / gandum


Abbudey siap tanya:
"Hebat tak Abang tanam pokok ni??"



Hebatnya ciptaan ALLAH. Dari saki baki dedak ayam pun, boleh tumbuh rumput2 yang comel.

Tuesday, December 9, 2014

Percutian di Taman Safari Cisarua Bogor Indonesia 2014

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas meninggalkan Cianjur, kami pergi ke Taman Safari di Bogor, Indonesia.

Pintu masuk ke Taman Safari Indonesia

Jangan lupa beli carrot sebelum masuk untuk memberi makan kepada binatang dari tingkap van

Tempatnya tidaklah jauh sangat dari Cianjur, tapi oleh kerana macet, ia jadi lama. Kami sampai lebih kurang waktu zohor. Dan di tengah-tengah jalan dalam safari, hujan turun, jadi tak boleh nak berlama-lama lagi di Safari dan banyak permainan yang tidak main kerana sudah penat.

anak-anak hanya sempat menunggang unta.
Beriya2  sangat anak2 nak tunggang unta sebab tak pernah lagi.

Sebelum ini biasa tunggang kuda dan gajah

Sebelum pergi ke Safari ini, saya pernah membaca dan mengambil maklumat tentang safari Indonesia dari blog-blog.

Memang disarankan untuk datang awal pagi supaya banyak masa boleh dihabiskan dalam safari yang sangat besar dan penuh dengan aktiviti ini.

Jika di zoo di Malaysia, haiwan di kandang, kita diluar.
Di Safari Indonesia, kita dalam kereta dan haiwan di luar.

Agak menggerunkan bila harimau berjalan sebelah kereta kita

Dibenarkan memberi makan kepada binatang.

Jangan lupa beli carrot yang dijual sepanjang jalan sebelum masuk ke Safari

Bayaran untuk kami 7 orang (+driver) lebih kurang RM400 (jika ditukar ke ringgit, kalau rupiah sudah lupa, boleh baca dalam blog-blog mereka yang pernah datang ke sini). Tapi bayaran sebanyak itu amat berbaloi kerana Taman Safari ini sangat besar.

Sewa kereta (MPV untuk kami 6 orang dan banyak bagasi)  pula untuk setengah hari lebih kurang 500 ribu rupiah - 800ribu rupiah untuk 12 jam, Minta sahaja mereka bawak ke mana sahaja untuk 12 jam itu.

Tapi jalan di sini sentiasa sesak, jalan yang sempit dan berlubang, jadi tak banyak tempat yang boleh dilawati dalam sehari.

Hanya satu dua tempat sahaja yang sempat di ziarahi dalam masa sehari. Banyak masa habis dalam kereta sahaja















Untuk puas menjelajahi Taman Safari ini, anda perlu luangkan masa sepanjang hari untuk dapat melawat ke semua tempat dalam safari ini dan melihat persembahan binatang yang menarik. Kami hanya berpeluang ziarah sedikit sahaja kerana kekangan masa dan cuaca hujan.

kerbau bertanduk besar di tengah-tengah jalan minta diberi makan...

Tapi melihat tanduknya sahaja, takut nak beri makan



Safarinya juga bersih dan sentiasa ada pekerja membersihkannya, Patut dicontohi

LAGI TEMPAT MENARIK YANG PATUT DILAWATI

TEMPAT MENARIK DI INDONESIA

  1. Cianjur ( November 2014)
  2. Taman Bunga Nusantara, Indonesia
  3. Taman Safari Indonesia 2014 ( November 2014)
  4. Ziarah ke Maahad Az-Zein Al Makki, Tegalwaru, Bogor, Indonesia
  5. Percutian di Lido Lakes And Resort, Sukabumi, Bogor ( November 2014)
  6. Percutian di Jakarta dan FM7 Hotel Jakarta ( November 2014)
  7. Tips melancong ke Indonesia

Sunday, December 7, 2014

Taman Bunga Nusantara, Indonesia

بسم الله الرحمن الرحيم


Di Cianjur, kami sempat menziarahi Taman Bunga Nusantara, ALhamdulillah.

Taman Bunga yang sangat besar dan cantik.

Tapi keadaan selepas Asar, selalunya hujan lebat di Cianjur. Jadi kami pergi dalam keadaan hujan dan hanya boleh menaiki tram mengelilingi taman yang besar itu.

Ada banyak permainan di sana seperti go kart dan macam-macam lagi, tapi oleh kerana hujan, semua tidak boleh dinaiki.

Saturday, December 6, 2014

Aktiviti musim cuti: Bermain busur dan panah

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam musim cuti ini, seronok juga jika dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan anak-anak. Antaranya ialah bermain panah:


Anak-anak pernah bermain panah ketika hari sukan di tahfiz bulan lepas (BACA DI SINI). Dan mereka meminta untuk dibelikan panah.
Abdullah ketika bermain panah di Hari Sukan Tahfiz Mutmainnah

Setelah bertanya kawan2 dalam grup whatsapp, terus oder dari sini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hubungi whatsapp untuk respon lebih cepat.

Kami beli set yang berharga RM65

Beli dua set untuk dua beradik


Antara set yang dijual dengan target board sekali

servisnya juga sangat cepat.

3/12 saya buat pembayaran dan oder, esoknya 4/12 terus Pos Laju
mai hantar di rumah.

Kami pun terkejut begitu cepat sekali.

Biasanya kalau oder barang dan pos melalui pos laju pun dalam 2,3 hari...
1st trial

Bermain bersama sepupu




Alhamdulillah satu sukan sunnah yang baik untuk kanak-kanak dalam musim cuti ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...