بسم الله الرحمن الرحيم
Buku pertama tulisan Puan Roza Roslan yang pernah saya miliki ialah seperti yang dicatatkan di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/01/menyemai-rasa-bersyukur-melalui.html
Dan saya percaya, siapa yang pernah membaca karya Puan Roza Roslan (dan Prof. Kamil Ibrahim) tentu akan teringin untuk memiliki dan membaca kesemua buku tulisan beliau kerana gaya bahasanya yang indah dan jalan ceritanya yang menarik!
Dan keazaman saya untuk memiliki kesemua buku tulisan Puan Roza Roslan lebih membara apabila bersembang tentang hasil karya Puan Roza Roslan dengan peserta-peserta Bengkel Mendorong Pelajar Menggunakan Teknik Nabi SAW ketika di INSPIN tempohari (ketika rehat).
Dan ini adalah lagi dua buah buku hasil tulisan Puan Roza Roslan yang telah saya beli awal bulan ini.. =)
Koleksi buku Puan Roza Roslan keluaran PTS boleh di dapati di sini: http://pts.com.my/penulis/roza-roslan/ harga buku di sini dan di sini |
Kesimpulannya, buku2 ini membawa makna kesyukuran pada segala apa yang ALLAH berikan kepada kita dan janganlah kita menjadi orang yang tidak bersyukur dengan pemberian ALLAH, malah ada sahaja yang diminta selepas permintaan demi permintaannya diperkenankan ALLAH SWT.
Ia juga mengajar pembaca erti dan KUASA DOA dari pengalaman peribadi penulis. Amat menakjubkan.
Saya telah memiliki semua karya Puan Roza Roslan dari keluaran PTS, dari keluaran Galeri Ilmu sahaja belum lagi... Ingin sangat memilikinya...tunggu sikit hari lagi InsyaALLAH. =)
yang ini keluaran Galeri Ilmu. Menyimpan impian untuk memilikinya. Kredit: http://www.galeriilmu.com.my |
MIUHASABAH ..... Kredit gambar di sini |
ALhamdulillah !Nikmatnya membaca! =)
salam,
ReplyDeleteakak pun ada semua koleksi buku RR. mmg best & banyak pengisian. Highly recommended!