Sunday, November 17, 2013

Mengajar anak membaca buku Bahasa Melayu (siri 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika pada minggu lepas, blog ini bercerita tentang tips mengajar anak bercakap Bahasa Arab, kali ini InsyaALLAH saya akan cuba berkongsi pengalaman mengajar anak membaca buku Bahasa Melayu.

Saya berpendapat dan yang saya amalkan ialah, saya tidak terlalu  serius (bukan tak ajar langsung) mengajar anak membaca Bahasa Melayu sejak dari bayi berbanding penekanan saya terhadap ilmu Al-Quran kepada anak2. 

Alasannya ialah kerana untuk belajar membaca Bahasa Melayu adalah terlalu senang dan simple berbanding belajar Al-Quran.

Ilmu Al-Quran terlalu luas dan perlukan masa yang panjang untuk mahir, jadi sepanjang usia sejak dari anak sebelum lahir lagi, yang banyak saya tekankan ialah ilmu Al-Quran. Itulah pendapat saya, anda berhak utk setuju atau tidak, terpulanglah.

Walaupun begitu, terdapat juga coretan ttg pengalaman mengajar anak2 mempelajari Bahasa Melayu di sini:


Banyak juga yang anak belajar membaca Bahasa Melayu di PASTI, di samping itu juga pada usia 5 tahun (bulan ini), saya mula menekankan membaca Bahasa Melayu kepada Abdullah.

Abang Abbudey yang sudah tamat darjah 1 ALhamdulillah sudah mahir membaca Bahasa Malaysia, malah mula meminta untuk membeli buku cerita.

antara novel kanak2 pilihan Abang Abbudey yang dibeli baru2 ini


Kami tidak menghalang jika anak2 ingin membeli buku cerita, asalkan yang baik2 agar minat menimba ilmu dan membaca dapat dipupuk.

OK. selesai coretan  mukadimah  yang panjang lebar ini.

InsyaALLAH pada entri yang akan datang, saya akan ceritakan tentang penggunaan buku ini dalam saya mengajar Abdullah membaca Bahasa Melayu, InsyaALLAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...