بسم الله الرحمن الرحيم
Apa plan anda untuk cuti kali ini?
Nak meluangkan masa bersama keluarga di mana pula?
Nak rancang aktiviti apa pula bersama anak2?
Masa sebulan setengah inilah, untuk kita dan anak2 sama2 mengeratkan hubungan dan kasih sayang.
Jangan biarkan anak dok depan TV saja dari pagi hingga ke malam, kemudian pagi esok lagi sampai ke tengah malam lagi...... tengok2 dah habis sebulan setengah cuti...depan TV sahaja.... Mimpi ngeri!!!
Antara program di awal cuti sekolah yang saya temui yang boleh membuatkan anda 'hiburkan diri' bersama anak-anak adalah Malaysia Islamic Children's Fair (MICF)
Terdapat terlalu banyak aktiviti dan bahan2 (pendidikan anak2 dan lain2) untuk dibeli di sini Maklumat lanjut, silalah layari: http://www.facebook.com/micf.my dan juga |
kan??? Cukup ramai kan?? Pasti banyak ilmu yang boleh diperolehi!! Meriah kan?? |
1- Kesedaran
2- Pelbagai idea baru, teknik dan pengalaman untuk kita memotivasikan diri, meningkatkan semangat untuk mendidik anak2.
Bagi ibu-ibu yang rasa macam blurr je, tak taulah macammana nak ajar anak2 ni, apa aktiviti nak buat dengan anak2 pada masa kosong (takkan takat mengadap games, FB dan TV je kot), program sebegini pasti akan memberikan anda idea baru yang segar bugar untuk anda menghabiskan masa berkualiti bersama anak2
Inilah yang saya rasakan bila menyertai program2 keibubapaan.
Biarlah zaman anak2 bersama kita ini menjadi memori indah anak2 bila dewasa nanti. Kan seronok bila anak dah darjah satu ke darjah dua ke, bila dia ulang cakap (macam Abang Abbudey):
"Abang ingat, dulu kita pernah buat kuih Buah Melaka (Onde-Onde) ni sama2 kan? warna pink dan hijau kan?"
ataupun:
"Lukisan ni dulu kita buat sama2 kan?"
ada memori indah aktiviti bersama yang boleh diingati anak2. MasyaALLAH.
OK. Esok sambung lagi InsyaALLAH =)
No comments:
Post a Comment