بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulilah segalanya berjalan lancar...
Alhamdulillah pada 24.November yang lepas saya telah melunaskan tanggungjawab untuk menjadi salah seorang ahli panel di Malaysia Islamic Chlidren Fair, Shah Alam Convention Centre.
Tajuk Forum ialah:
"Parenting Out of the Box"
Alhamdulillah pada 24.November yang lepas saya telah melunaskan tanggungjawab untuk menjadi salah seorang ahli panel di Malaysia Islamic Chlidren Fair, Shah Alam Convention Centre.
Day & Date: Sunday, 24th Nov 2013
Time: 3:45pm - 4:45pm
Programme: Forum 2: Parenting Out of the Box
Venue: Plenary Hall, Shah Alam Convention Centre, Shah Alam.
Tajuk Forum ialah:
"Parenting Out of the Box"
iklan untuk aktiviti pada hari terakhir MICF |
Iklan untuk kedua2 hari |
Antara soalan yang diajukan oleh moderator (Puan Lily Maznah Muaz) (Beliau juga ialah penulis buku AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN yang comel yg pernah kami beli tahun lalu - baca di sini ) :
1- Sebagai ibubapa, kita impikan anak-anak soleh yang bakal menjadi "saham" kita di alam Barzakh dan Akhirat nanti. Pendidikan awal perlu bermula dari rumah. Apakah yang boleh ibubapa lakukan sendiri di rumah bagi membimbing anak-anak soleh ini? Boleh Ustazah kongsikan rutin harian dalam menjadikan anak-anak Tahfiz dari rumah?
2- Persediaan untuk mendidik anak ?
3- Umur yang sesuai untuk mula homeschool bersama anak?
pemandangan dari pentas kredit gambar dengan izin dari Fb Puan Zaszima Abu Samah |
ALhamdulillah, ia adalah satu perkembangan yang baik. Moga ia menjadi lebih baik, INsyaALLAH.
kredit gambar dengan izin dari Fb Puan Zaszima Abu Samah di hujung sana: Moderator: Puan Lily Maznah dan ahli Panel Puan Rasheedah CoachSha |
Walaupun pada mulanya sangat teringin untuk hadiri seminar ini dari awal pagi, namun apakandaya.... ke sana kesini.
Banyak ilmu, makluman dan pengalaman yang dapat dikumpul dalam seminar ini, ALhamdulillah.
kredit gambar dari FB Puan Lily Maznah 3 ibu2 panel =) |
Dua ahli panel yang lain (sebelum ini hanya saya kenal di alam maya sahaja) Puan Zaszima Abu-Samah yang ceria dan amat cintakan ilmu dan Puan Rasheedah CoachSha
yang tabah dan kuat tawakkalnya kepada ALLAH SWT adalah yang berkongsi banyak ilmu dan pengalaman mereka mendidik anak yang sangat menarik. Sangat kreatif, Ceria dan menyeronokkan.Alhamdulillah
Mereka berkongsi tentang cara kreatif mereka mendidik anak dengan homeschooling dan roadschooling.
Benarlah, berkenalan dengan ramai orang akan membuatkan kita bertambah ilmu pengetahuan. MasyaALLAH.
Berkenalan dengan orang yang banyak pengalaman dan ilmu juga akan membuatkan anda dapat mengetahui banyak ilmu baru... MasyaALLAH!
kredit gambar dengan izin dari Fb Puan Zaszima Abu Samah |
Nota:
Hari ni hari jumaat, jangan lupa:
1- Surah AL-Kahfi,
2- Banyakkan Selawat
3- Banyakkan doa (doakan saya & keluarga juga)
No comments:
Post a Comment