بسم الله الرحمن الرحيم
Pada entri lepas, saya sudah memulakan mukadimah tentang pendapat saya mengajar anak2 mengajar Bahasa Melayu.
Belajar membaca Bahasa Melayu memang mudah, dalam 2 bulan pun (atau kurang), anak2 boleh dapat membaca dengan lancar.
Berbanding dengan ilmu al-Quran yang sangat luas, bertahun2 belajar pun, masih banyak lagi yang tak tahu dan salah. Setiap kali membaca AL_Quran, ada sahaja ilmu baru yang kita dapat.
Selain anak2 belajar membaca di PASTI, dulu saya mengajar anak2 membaca menggunakan buku Bacalah Anakku. (buku yang digunakan zaman berzaman, MasyaALLAH)..
Selain dari itu juga, beberapa minggu lepas, saya memperkenalkan kepada Abdullah (5 tahun) bahan bacaan baru untuk melatihnya membaca..
Inilah ia
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Inilah bukunya
Kisahnya bermula, apabila Abang Abbudey berkenan untuk membeli buku ini yang bernombor 8. Bila lihat Abang Abbudey baca, saya nampak buku ini bagus untuk latih Abdullah membaca Bahasa Melayu. Esoknya pergi sekali lagi ke HASANI untuk beli siri yang lain
Abdul Rahman siap tulis namanya pada buku yang dibeli TERTINGGAL 'ABD' عبد |
inilah yang dipilih harganya cuma rm5.50 |
Oleh kerana buku ini mempunyai ciri 2 yang mesra kanak2, Abdullah amat minat mmebacanya. Dalam masa 2 hari, Abdullah selesai membaca dari no4 - no6 |
cerita dalam buku ini juga banyak dan mempunyai pelbagai tema Selain membaca, Abdullah akan bertanya macam2 perkara berkisar ttg cerita yang dibacanya. Menguatkan komunikasi antara ibu bapa dan anak2 |
gambar yang menarik dan berwarna warni |
baca lagi dan lagi |
kesemua setnya (maaf, gambarnya blurr) |
Abdullah sangat suka cerita naga ini. Dia akan bercerita dalam Bahasa Arab seperti dalam video di sini: http://www.cinta-rasul.blogspot.com/2013/11/kemahiran-bercerita-budak-5-tahun-dalam.html |
banyak cerita yang menarik |
Semaikanlah semangat cintakan ilmu dalam hati kita semua Ya Rabb...
Terima kasih adik Abdullah dan keluarga yg memilih buku Pantas Membaca dalam pengajaran bahasa melayu.
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/edukidbooks