Tuesday, November 26, 2013

Perancangan Aktiviti Cuti Sekolah Anak2 2013

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap kali menjelang cuti sekolah anak2, mesti kena ready dengan perancangan bagi mengisi cuti sekolah mereka. Kalau tidak, dikhuatiri mereka akan mengeluh dan mengadu kebosanan.

Untuk plan cuti anak2 2013, adalah seperti di bawah ini:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Penerangan plan cuti sekolah 2013

1- Pemantapan Al-Quran
Kalau pada hari sekolah, cuma sempat buat 1 sesi sahaja dalam sehari (selepas maghrib setiap hari).

Pada cuti sekolah ini, ALhamdulillah berkesempatan untuk buat 2 sesi sehari, sekali sebelum zohor dan sekali selepas manghrib. ALhamdulillah.... ALLAH kurniakanlah istiqamah pada kita semua.

Pada setiap sesi akan buat ulangan surah2 lama yg dah dihafal dan menghafaz surah2 baru. Itu sahaja.

Alhamdulillah, oleh kerana anak2 dah biasa mengulang AL-Quran setiap hari dari dulu lagi, InsyaALLAH ia tidak membebankan mereka. Hanya beberapa minit sahaja.

2- Membaca
Saya akan membaca dan minta anak2 membaca beberapa helai buku cerita pada setiap hari supaya dapat memupuk cinta kepada ilmu dan juga mengasah lagi skil membaca

3- Kerja rumah
Dalam musim cuti ini jugalah nak mengajar dan biasakan anak dengan kerja2 rumah.
Kalau hari sekolah, terkejan2 nak siapkan itu ini. Semua nak cepat siap je....

Bila cuti ini, bolehlah minta anak tolong buat kerja rumah supaya mereka biasa melakukan kerja rumah dan rajin serta mahir melakukannya, INsyaALLAH.


tolong sidai baju
biarkan sahaja mereka sidai dengan cara mereka (dengan bantuan sedikit2), lama2 nanti mahirlah


tolong sapu rumah


tolong memasak
aktiviti masak memasak banyak dicatat di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/search/label/masak2

Aktiviti memasak juga dan yang lain2 ini juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Anak2 cukup seronok kalau ajak mereka memasak.... Alhamdulillah
Dan balik dr MICF (akan dicerita kemudian) smlm, smpai rumah pkl 4 ptg, tgok matahari terik, teringin nak membasuh baju yg menggunung ... ALhamdulillah anak teruna  2org nilah yg tolong sidai baju.
"ALhamdulillah syukur mama... senang hati mama ada anak yg rajin tolong mama n soleh sgt..." kerajinan yg mesti dipuji....

4- Aktiviti lain.
Aktiviti mereka sendiri2 seperti bermain, melukis, mewarna , berkelahi..... atau projek bersama...

5- Percutian
Tidak bermaknalah percutian kalau tak pergi berjalan w/pun dalam Kedah sahaja... hehe...Bukan sahaja dapat berseronok, bahkan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan....ALhamdulillah atas nikmat ALLAH....Syoknya !!!!


jom baca
di sini
Artikel yang bagus tentang kepentingan masa cuti anak2

ALLAH berkati masa kita semua. amin

1 comment:

  1. Entri yang bermanfaat, Inshaallah akan diaplikasikan pada cuti sekolah nanti. terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...