بسم الله الرحمن الرحيم
Beberapa minggu lalu, kami sempat tinggal di Sedim Rainforest Resort. Sebenarnya dapat peluang ke sana sebab mengikut baba yang dijemput untuk memberi kuliah di sana.
bertentangan dengan gerbang ke Tree Top Walk, tak sempat nak naik dan tak pernah naik langsung sebab nak cepat2 balik rumah dan terus ke Shah Alam untuk program MICF (baca di sini dan sini) Siapa pernah naik? Best tak? |
ini waktu nak balik Kami sampai di sini lepas Isyak, sangat gelap gelita. Baca ayat kursi dan 3 qul banyak2 Perjalanan dari rumah ke sini adalah dalam setengah jam |
menuju ke cafe (dalam hutan) untuk bersarapan. tepi2 itu adalah resortnya Waktu malam sangat gelap gelemat, tiada lampu (nama pun hutan kan? Bukan pekan) |
Sarapan dalam hutan. Sambal Nasi Lemaknya sangat sedap |
untuk anak kecil, siap sedia dengan baju sejuk |
apa yang Abdullah tengok tu? Sampai duduk tekunnya tengok |
oh cendawan rupanya? Maklumlah tak biasa tengok cendawan seperti ini Beracunkan cendawan ni? |
air sungai yang menyamankan |
anak2 diberi peluang untuk mandi, tapi mereka tak sanggup sebab sejuk sangat. Rendam kaki sahaja. |
MasyaALLAH |
menyampaikan kuliah dalam hutan |
Nota: Kalau berada di resort dalam hutan seperti ini dengan anak-anak, silalah bersiap sedia dengan simpanan makanan dan minuman yang mencukupi.
Kalau tengah malam, anak lapar ke haus, mana nak cari kedai dalam hutan, jadi kena siap sedia dengan makanan.
Begitu juga dengan air untuk minum dan lain2. Tekanan air di sini rendah. Kadang2 ada air, kadang takde, padahal dekat je dengan sungai.
No comments:
Post a Comment