Sunday, December 1, 2013

Mencabar keberanian di Mini ESCAPE, Sungai Petani

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, beberapa hari lalu kami sempat membawa anak2 meneroka aktiviti baru di Mini ESCAPE di Village Mall, Sungai Petani Kedah.

Saya pernah bercerita tentang ESCAPE Penang di sini tahun lepas. 

Kelihatan banyak aktiviti outdoor yang bagus untuk anak2. Jom kita lihat apa yang best di Mini ESCAPE, Sungai Petani.

RM 15 untuk bermain sepanjang hari. Boleh keluar balik rumah makan nasi dulu, tidur ke.... pastu boleh datang balik sambung main sampai pukul 9.30 malam asalkan tak dibuang sticker tiket masuk.

nota: Pilih weekday dan datang awal supaya tak perlu beratur lama dan orang tak ramai.
Katanya waktu malam sangat ramai


Istimewa lagi Mini ESCAPE ini ialah sebab dibuat dalam shopping complex Village Mall, jadi tak perlu nak risau tentang masalah cuaca. Terik matahari tengahari ke, hujan ke, malam ke...boleh je main sebab dalam shopping complex




selagi pakai sticker ini, selagi tu boleh main

Bagi saya, ESCAPE ini menyerlahkan dan mengasah keberanian kanak2. Menguji semangat dan  ketangkasan anak2.

Abang Abbudey yang sopan santun ini (pada pandangan saya) berani je main semua permainan. Balancing dan Climbing. Senyum je. Siap boleh menyembang lagi.

Abdullah yang suka berlawan dan memanjat pula yang sampai terketar2 kaki, takut sampai sejuk beku  tangan dia (tapi kami buat tak tau je... Kata je: MasyaALLAH beraninya adik, terernya adik....) Bagi semangat kat dia.

Oh.... kanak2 sentiasa tak boleh nak dijangka bakat dan kebolehan mereka. Sentiasa memberi kejutan. =)


Tapi Abdullah berusaha melawan ketakutannya sebab nampak Abang Abudey steady je.. Dan dia dapat habiskan semua cabaran balancing.

Untuk balacing ada 4 cabaran dan untuk climbing juga ada 4 cabaran.

Mula beratur untuk memulakan cabaran balancing
menguji keseimbangan

sedia.... mula....

Abbudey yang sangat steady

oh, anak2 pakai selipar je sebab kami tak rancang pun nak datang, kebetulan sahaja,
lain kali bolehlah pakai kasut. Lebih selesa dan selamat


cabaran pertama

cabaran kedua:
meniti di atas seutas wayar
Mencabar keberanian budak 5 tahun

Walaupun pada mulanya dia tak yakin dengan dirinya sendiri untuk berjalan atas wayar ni, tapi dengan sokongan boleh je sampai ke hujung

Alhamdulillah.. 
cabaran ketiga:
Abbudey dengan senyuman manisnya
tak takut langsung
akhir:
 flying fox
Ini adik Abdullah

Selepas menamatkan keempat-empat cabaran balacing, anak2 boleh cuba memanjat.
Juga mempunyai empat jenis wall climbing yang berbeza tahap kesukarannya

Cabaran 1:
yang paling senang

Alhamdulillah, anak yang berani ini berjaya sampai di atas sana dan bunyikan loceng

Cabaran 2:
agak sukar
Alhamdulillah Abang Abudey berjaya juga untuk panjat sampai di atas sana dan bunyikan loceng
  

Cabaran ke 3 dan ke4  belum berjaya lagi.
Hanya berjaya separuh jalan sahaja.

Takpe, INsyaALLAH nanti boleh cuba lagi,
Pakai kasut pula


gelagat anak2 di Mini ESCAPE Village Mall, Sungai Petani, Kedah

Rasanya MINI ESCAPE di Village Mall ini hanya buka hingga 8 December 2013....

ALhamdulillah satu pengalaman baru yang menyeronokkan untuk anak2.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...