Tuesday, December 17, 2013

Aktiviti anak-anak lelaki

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara ilmu yang saya perolehi ketika menghadiri seminar keibubapaan hujung tahun lalu (baca di sini) ialah:

Anak2 lelaki ini walaupun pada masa kecil mereka, mereka rapat dengan ibu, apabila mereka meningkat remaja dan membesar mereka akan suka untuk mengikut dan meniru ayah mereka.

Dari situlah ayah mesti memainkan peranan berdampingan dengan anak2 dan menunjukkan contoh yang baik.

Anak lelaki juga akan belajar sikap kelakian daripada ayahnya dan sangat berminat untuk turut serta dengan aktiviti yang lasak yang biasa ayahnya lakukan.

Dari situ mereka mengutip pengalaman dan pelbagai kemahiran untuk menjadi seorang lelaki yang berjaya dunia dan akhirat.

Jadi janganlah halang anak2 untuk terokai dunia lasak mereka (tapi jangan abaikan keselamatan mereka pula)


Aktiviti santai sebegini pun banyak manfaatnya:

1- Belajar berdikari dan menyelesaikan masalah
2- Membina sifat kelakian
3- Mengenal dunia luar dan alam sekitar
4- Belajar bergaul dengan orang ramai

Moga anak2 kita semua menjadi insan yang bermanfaat dan menegakkan Islam di masa hadapan. Amin Ya Rabb 

2 comments:

  1. Assalamualaikum ustazah, belut ker tu? beraninya Abdullah pegang ye. suami saya pun minat memancing, tapi tak berpeluang lagi nak bawak anak-anak. ok jugak kalau sefamily join memancing sambil berkelah kan. mesti buat ni.

    ReplyDelete
  2. Ayahnya kata: Ikan Tilan, bukan belut....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...