بسم الله الرحمن الرحيم
Bagi seorang introvert ini, bukanlah populariti yang diharapkan dari perkongsian dalam Blog ini, malahan rasa agak 'senget' bila ada orang mengatakan bahawa dia adalah pengikut blog ini, akibatnya akan jadi seperti mahu tidak mahu sahaja bercakap.
Begitu jugalah kisahnya ketika ramai orang dan sahabat yang bertanya tentang perubatan homeopathy abah ketika di Syria dulu, cakap acuh tidak acuh sahaja. Agak tidak selesa bila disoal banyak.
Kerana itu jugalah lebih selesa untuk berkongsi cerita di dalam blog berbanding di Facebook, tidak perlu berhadapan dengan ulasan dan komen pembaca dan tidak perlu membalas komen-komen.
Jika entri dalam blog ini bermanfaat kepada anda, doakanlah kami.
Namun apa yang diinginkan dari blog ini adalah kesan dari perkongsian idea dan cerita, biarlah penulisnya tidak dikenali.
Suatu masa dahulu, ketika awal kelahiran Abdul Rahman dahulu, tidak ramai yang bercakap tentang mendidik anak dengan AL-Quran dari usia bayi. Kerana itulah saya berkongsi kisah hidup di sini.
Di samping itu juga ingin mencuba mengasah skil menulis yang tidak seberapa serta mengharapkan pahala yang besar dengan tulisan yang bermanfaat InsyaALLAH.
Suami juga amat memberi galakan dan motivasi untuk terus menulis dan berkongsi idea dengan masyarakat. Moga ada kebaikan di sana. InsyaALLAH.

No comments:
Post a Comment