بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, hampir tahun ke-9 Abbudey menghafaz Al-Quran, Abdullah 7 tahun, sama dengan usia mereka.
Apa yang saya nampak, kesan dari menghafaz Al-Quran dan mempdengarkan Al-Quran dari usia bayi kepada anak-anak, antaranya ialah mereka mudah mengingati ayat-ayat Al-Quran dan mudah menghafaznya.
Anak-anak boleh menghafaz satu muka surat hafazan ayat baru dengan cepat. Dua tiga ulang, sudah hafaz satu mukasurat.
Ia bukanlah satu keajaiban. Ia adalah hasil usaha dan bantuan ALLAH.
Kita janganlah mengharapkan berlakunya keajaiban yang macam-macam. Sebaliknya kita berusahalah sehabis baik dan bertawakkallah kepada ALLAH, InsyaALLAH ALLAH akan berikan kita hasil yang terbaik.
Saya lihat ia menjadi mudah apabila anak-anak sering mendengar audio Al-Quran, jadinya, Alhamdulillah sungguh mudah untuk menghafaz Al-Quran.
Seperti juga anak-anak yang sering mendengar lagu-lagu yang macam-macam di radio atau tv, mudah sahaja menghafalnya dengan gaya jogetnya sekali... Begitu jugalah jika kita ubah ke perkara yang baik seperti Al-Quran, InsyaALLAH mudah mereka menghafaz jika sering mendengarnya.

Namun, seperti biasa nasihat saya, AL-Quran mestilah sentiasa diulang-ulang, jika tidak, akan lupa juga akhirnya.
ALLAH berkatilah kita semua dengan Al-Quran
No comments:
Post a Comment