Tuesday, December 22, 2015

Berhenti MENGIMPIKAN APA YANG ADA PADA ORANG LAIN

بسم الله الرحمن الرحيم

Masa dan pengalaman banyak membuatkan kita berubah dari segi pemikiran, impian dan prinsip.

Masa yang berlalu membuatkan saya berhenti mengimpikan menjadi orang lain, mengimpikan apa yang ada pada orang lain walaupun pada masa dahulu kita fikir bahawa kita lebih layak mendapat apa yang ada pada orang lain.



Sebagai contoh kemasyhuran, kemewahan, sijil, kepandaian, nasib yang baik dalam bisnes dan macam-macam lagi.

Baju yang dipakai oleh orang lain belum tentu sesuai untuk kita.

Ujiannya menjadi lebih besar bila kita menjadi orang lain. Sangat perit bila kita pula duduk di tempat orang tersebut, penuh dengan cabaran, terasa tidak sesuai dengan diri kita.

Sekarang, saya sudah berhenti mengidamkan apa yang ada pada orang lain. Berhenti berangan untuk menjadi orang lain. Bersyukur dengan nikmat ALLAH yang sangat banyak kepada kita.

Rezeki yang Allah beri itu sesuai dengan diri kita kerana Allah tahu ia sesuai untuk diri saya dan keluarga.

Allah lorongkanlah kita ke jalan yang benar sentiasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...