Tuesday, December 15, 2015

Info Buku: #Baby Muslimah, bertatih menuju Dia

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku kali ini saya beli untuk mengetahui pengalaman muallaf ketika baru memeluk Islam.



Cerita-cerita di dalam buku ini santai sahaja, namun banyak perkara baru dan pengalaman yang dapat dibaca dari buku ini.

Bagaimana perkara yang kita anggap biasa dan mudah seperti solat, wudhuk dan puasa, namun ia agak sukar bagi saudara baru.




Berasa gelabah dengan gerak geri dan rakaat solat, ambil wudhuk sehingga basah lencun dan pelbagai lagi pengalaman yang dikongsikan.



Buku ini juga mengajar kita supaya tidak terlalu cepat menghukum orang lain dan betapa perlunya kita selaku seorang muslim untuk menunjukkan contoh yang baik dan akhlak baik kepada semua orang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...