بسم الله الرحمن الرحيم
*** Entri kali ini telah banyak kali ditulis dan disimpan, difikir-fikir dan ditimbang-timbang rasanya gedik atau tidak tulis seperti ini, berlagak atau tidak tulisan seperti ini.. Harapan saya moga dijauhi dari sifat gedik dan berlagak itu, dan moga ada manfaat dari tulisan ini InsyaALLAH. (Situasi yang sering dilalui apabila ingin menulis sesuatu entri)
Beberapa bulan yang lalu, anak-anak ada minta dibelikan roller blade.

Al-kisahnya kerana sepupu-sepupu mereka semua baru beli roller blade. Sedihlah kalau mereka sahaja yang tak ada.
Pada awalnya saya berkira-kira untuk membuat keputusan samada membelikan mereka atau tidak atas faktor harga (pernah google, harganya agak mahal) dan juga alasan tidak mahu memanjakan anak-anak dengan kebendaan (walaupun hakikatnya mainan dah penuh sebilik) .
Saya meminta pandangan dari rakan-rakan di grup whatsapp Homeschool dan kebanyakan mereka setuju dibelikan kerana ada faedah di sana dari segi kecergasan dan aktiviti outdoor.
Lagipun saya mengenangkan anak-anak inilah yang sering membantu saya ketika tidak sihat. Merekalah yang mengemas rumah, sidai baju, sapu sampah, tukar plastik sampah, mop lantai, basuh pinggan mangkuk dan buat air.
Dari segi pelajaran, hafazan dan solat, Alhamdulillah tiada masalah dan tidak ditinggalkan walaupun kadang kala kena ada extra suruhan.
Kita pula sering berpesan kepada anak-anak, kalau mahukan apa-apa barang, jangan minta-minta dari kawan-kawan dan orang lain, minta dari mama dan baba. Jadi kalau mereka minta, kita tak bagi pula, bagaimana mereka mahu minta dari kita di masa hadapan nanti.
Sebelum beli ada tazkirah pendek dulu. Pesan kepada mereka kena solat elok2, rajin hafaz Al-Quran, akhlak kena elok, jangan suka berkelahi dan macam-macam lagi nasihat.
Antara skill yang mereka dapat ialah mengimbangkan badan, menguji keberanian dan ketahanan fizikal (bila jatuh).
Habis seronok bila dapat main ramai-ramai.
Teringat pula ketika zaman kanak-kanak saya dahulu pernah teringin sangat nak beli roller blade. Nampak jiran yang bermain roller blade itu bergaya dan stylo habis, tapi nampak macam susah pun ada, tak reti nak imbang badan ketika itu, berdiri pun tak lepas, takut pun ada. Pada ketika itu pula, dalam minda kita, orang yang ada roller blade ni orang kaya2 sahaja.
Pernah juga membeli roller blade yang 4 tayar (tak jatuh punya) tapi tidaklah pandai sangat bermain. Bila tengok anak-anak main, senang je nampak, kenapalah kita dulu tak reti main...huhu
Moga ada manfaatnya.
Moga memberi kenangan indah dalam diri anak2

harga asal rm229. ada diskaun rm100 jadi harganya: rm129 |
Sebelum beli ada tazkirah pendek dulu. Pesan kepada mereka kena solat elok2, rajin hafaz Al-Quran, akhlak kena elok, jangan suka berkelahi dan macam-macam lagi nasihat.
senyum sampai telinga bila dah dapat |
Antara skill yang mereka dapat ialah mengimbangkan badan, menguji keberanian dan ketahanan fizikal (bila jatuh).
Teringat pula ketika zaman kanak-kanak saya dahulu pernah teringin sangat nak beli roller blade. Nampak jiran yang bermain roller blade itu bergaya dan stylo habis, tapi nampak macam susah pun ada, tak reti nak imbang badan ketika itu, berdiri pun tak lepas, takut pun ada. Pada ketika itu pula, dalam minda kita, orang yang ada roller blade ni orang kaya2 sahaja.
Pernah juga membeli roller blade yang 4 tayar (tak jatuh punya) tapi tidaklah pandai sangat bermain. Bila tengok anak-anak main, senang je nampak, kenapalah kita dulu tak reti main...huhu
Moga ada manfaatnya.
Moga memberi kenangan indah dalam diri anak2
No comments:
Post a Comment