بسم الله الرحمن الرحيم
Aktiviti membaca buku adalah aktiviti santai saya ketika badan tidak larat terus duduk setelah berjam-jam duduk menaip tesis dan otak tidak larat untuk berfikir, mata sudah pedih mengadap laptop.
Tanggungjawab dengan anak-anak pun sudah dilaksanakan, mereka pun sedang seronok dengan aktiviti mereka, melukis, bermain, berehat atau keluar main basikal dengan baba.
Untuk merehatkan badan dan minda, membaca buku sambil berbaring sangat menenangkan dan menyeronokkan.
Buku kali ini saya dapat habiskan dalam 2 hari kerana isi kandungannya yang santai, ceritanya yang menarik dan helaiannya tidak terlalu tebal.
Keistimewaan buku ini:
1. Amat menyentuh perasaan, baru baca 5 muka awal, ulasan pembaca bukupun, sudah mengalir air mata. Bahasa yang menyentuh perasaan.
2. Menceritakan kisah remaja seorang ayah yang belajar dari kesilapan lalu. Dikisahkan untuk menjadi teladan bersama.
3. Ilustrasi yang comel.
4. Bahasa yang mudah dan menyentuh hati.
5. Kisah yang mudah difahami. Banyak pengajaran yang tersirat.
6. Antara yang saya dapat dari buku ini: Prinsip, cita-cita, impian, sudut pandangan kita akan berubah sejajar dengan peredaran usia, pengalaman dan situasi semasa kita.
7. Kuasa doa seperti yang sering ditulis oleh penulis dalam setiap bukunya
No comments:
Post a Comment