Monday, December 28, 2015

Buku tentang travel dan kehidupan di negara orang

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara genre buku yang menjadi kegemaran saya sekarang ialah yang berkisar tentang kehidupan di negara orang, pengembaraan dan pelancongan.

Duit tak ada banyak lagi untuk melancong ke banyak negara, jadi kita baca jelah buku tentang negara orang, pergi dengan imiginasi dan bacaan dulu, nanti ada rezeki lebih, bolehlah melancong dan mengembara mengambil iktibar dan ilmu di banyak negara.

Antara buku travelog yang sudah selesai saya baca ialah:
.
.
.
.
.




Bukan buku cintan cintun remaja belasan tahun, tapi buku tentang seorang wanita dari Melaka
yang berkahwin dengan pemuda dari Turki dan tinggal di Turki.

Banyak kisah menarik di dalam buku ini tentang kehidupannya dengan keluarga di Turki
dengan perbezaan budaya, makanan dan banyak lagi.

Sangat menarik buku ini.

Banyak kisah dan pengalaman baru dapat diketahui.

muka belakang

harga
Isi kandungan buku ini:
.
.
.
.
.
.
.
.





Turki juga adalah antara negara yang kami suami isteri teringin sangat nak pergi. Dahulu walaupun Syria dekat dengan Turki, tapi oleh kerana kesibukan mengaji di Kuliah dan tiada wang lebihan, tak ada rezeki untuk melancong ke Turki.


InsyaALLAH satu hari nanti kita akan pergi juga bersama orang yang dikasihi.




Terdapat banyak kisah menarik, suka duka hidup berkeluarga di negara orang di dalam buku ini. Sangat seronok untuk dibaca. Pelbagai cara orang dan budaya baru yang boleh diketahui.





Dan sekarang ini, saya masih membeli dan mengumpulkan buku-buku tentang travelog yang lain-lain. Banyak ilmu, pengalaman dan budaya yang boleh diketahui.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...