بسم الله الرحمن الرحيم
Apa yang saya perhatikan dalam kehidupan ini ( Allah lebih mengetahui sejauh mana kebenarannya) ialah: Setiap orang punya kelebihan, rezeki, dan bakat yang membuatkan dia lebih menonjol dalam aspek tersebut berbanding orang lain.
Namun dalam masa yang sama, dia juga punya kelemahan.
Sebagai contoh, orang yang pandai dalam pelajaran, pandai menghafal, pandai menulis....kira pandailah berbanding pelajar/orang lain. Kalau dalam kelas, dialah yang paling banyak angkat tangan, paling rajin siapkan kerja, paling rajin membaca, paling banyak dapat A . Begitulah perjalanan hidup dia dari kecil hingga dewasa. Rezekinya memang dari sudut ilmu. Sentiasa cemerlang dan berjaya.
Tapi dalam masa yang sama, dia ada kekurangannya. Tidak mahir komunikasi, tiada kemahiran dengan alat-alatan, tidak mahir public speaking, tiada kemahiran/ rezeki mencari barang-barang murah di pasaran, tiada kemahiran memasak, tiada kemahiran bermanis mulut mengambil hati orang lain, tiada rezeki untuk sering ke luar negara dan macam-macam lagi.
Malahan ada orang lain yang rezekinya ada pada perkara-perkara lain. Kalau masak, sentiasa masakannya menjadi idaman dan igauan ramai, sentiasa punya rezeki melancong ke luar negara, kalau shopping, pandai cari harga murah. Pandai bermanis mulut dan mengambil hati orang lain.......
Cumanya, kalau bab ilmu, memang rezekinya selalu cemerlang di situ.
Adakalanya mencemburui rezeki orang lain.
Marilah kita BERSYUKUR KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TAALA DENGAN REZEKI DAN KELEBIHAN DIRI YANG DIKURNIAKANNYA, fokus dan usaha untuk meningkatkan kelebihan diri supaya lebih cemerlang dan dapat memberi lebih manfaat kepada orang lain.
Jauhi hasad dengki dengan rezeki dan kelebihan orang lain. Hargai dan syukuri kelebihan diri sendiri.
Alhamdulillah
ReplyDelete