Friday, May 17, 2013

Tebuk Anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Tu diiaaa ! Tajuk entri yang cukup ringkas sampai agak2nya apa yg orang fikir bila baca tajuk entri seperti ini.

Yang saya maksudkan ialah, Tebuk Hafazan Al-Quran Anak2 atau ujian Al-Quran anak2 yang biasa saya buat ketika dalam perjalanan ke sekolah.

(Pernah dicatatkan beberapa hari yang lepas di sini:

Mungkin anda boleh melihat cara membuat ujian Al-Quran, tebuk hafazan anak2 dalam entri di sini:

dan juga di sini:


dan juga:


Mungkin ada yang kata, saya hafaz Al-Quran sebab tu boleh tebuk hafazan anak2 dalam kereta.

Haha... Kalau begitu yang anda fikir, sebenarnya anda silap!

kerana saya lebih menggunakan Aplikasi Al-Quran dalam handphone ketika 'tebuk' hafazan anak di dalam kereta:

Saya pernah cerita tentang Aplikasi Al-Quran dalam handphone Nokia Lumia di sini:




Jadi saya akan lihat Al-Quran dalam handphone dan baca potongan ayat tersebut dan anak akan sambung ayat yang saya baca

Jadi, konklusinya menjadi 'hafiz' atau tidak, bukanlah satu syarat utama untuk anda tebuk hafazan anak2 kerana anda boleh download aplikasi Al-quran dalam handphone dan ia bererti Al-Quran sentiasa berada di sisi anda kerana benda yang balik 'lekat' dengan kita adalah handphone.

FAEDAH UTAMA AKTIVITI TEBUK HAFAZAN INI ADALAH:
 Menguat dan mengukuhkan lagi ingatan hafazan anak2

InsyaALLAH pada entri yang akan datang, saya akan berkongsi ttg aplikasi Al-Quran dalam handphone Sony Ericsson. InsyaALLAH 


p/s: saya bukanlah pakar gadjet2 dan bukanlah seorang pemburu gadjet. harap maklum



Thursday, May 16, 2013

Info Buku: Erti Hidup Pada Memberi

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah antara buku yang dicari2 dan dibeli ketika sempat melawat  Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013.

Saya pernah katakan antara tulisan yang saya suka ialah karya Ustaz Hasrizal kerana idea yang dilontarkan, bahasa yang cantik dan mendalam.

Antara buku yang Ustaz Hasrizal pernah saya ulas:

Buku yang dibeli ialah Erti Hidup Pada Memberi.

Buku ini adalah buku yang terbaru diterbit oleh di Galeri Ilmu sempena dengan PBAKL 2013 yang lepas.

Buku terbaru
Alhamdulillah, buku ini amat menarik.

Ia adalah potongan2 ayat dari siri2 buku Ustaz Hasrizal yang lepas.

Alhamdulillah selesai dibaca.

Buku ini mengambil intipati2 buku yang lepas dan diletakkan dalam buku ini supaya lebih mendalam direnung dan ditenung maksudnya.


OK.
Antara petikan2 ayat yang amat saya suka ialah seperti di bawah ini:






Nauzuubillahi min zalik

kerana itu antara perkara yg
sy ingin lakukan setiap hari ialah bercerita kepada anak2
pernadi ditulis DI SINI

saya seperti pernah terbaca:
"Seseorang ibu ata bapa itu tidak akan bercerita kepada anak2nya
kecuali dengan penuh kasih sayang"
tapi terlupa dari mana entah bacanya


soalan yang belum saya temui jawapannya...
hmmmm....



Buku ini dibahagikan kepada beberapa bab:

- Kerohanian dan Kehambaan
- Tentang cinta
-Keibubapaan
- Perihal Suami
- Perihal Isteri
- Tentang Ibu
- Tentang Ayah
- Tentang Anak



* Antara perkata yang menarik ttg buku ini:
1- Isi yang ' straight to the point'
2- Tulisan yang besar
3- Kualiti kertas 
4- Warna2 yang menarik

Selamat membaca. 

Tuesday, May 14, 2013

Perancangan KUKUH dan RAPI untuk mendidik anak2 dengan Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم


* Mencuri masa menulis blog

Perjalanan masa meniti hari dirasa amat padat, kusut dan penuh dengan pelbagai tugasan.



Alhamdulillah.

Ditambah juga dengan jadual anak2 yg sudah mula sekolah, kadang2 jadual untuk mendidik anak2 dengan Al-quran menjadi sedikit 'lemau' .

ALLAH hindari kami rasa 'lemau' itu. Perjalanan mendidik anak dengan AL-quran masih jauh dan banyak yang berbaki lagi.

Untuk memperkuatkan lagi keazaman untuk mendidik anak dengan AL-Quran, saya merancang jadual dan memperkuatkan lagi perancangan. (konon2nya lah...huhu =)

Dan sebenarnya, tiada orang lain yang boleh membantu kita mendidik anak2 dengan Al-Quran melainkan diri kita sendiri yang memotivasikan diri kita dan menguatkan diri kita.

Doa di hujung malam itulah yang menjadi kekuatan bila semangat menjadi 'lemau'.

Perancangan terbaru saya  yang dah dilakukan beberapa hari kebelakangan ini
(yang tak berapa baru, cuma saya berazam untuk mengikut perancangan ini):


jadi, dalam perjalanan ke sekolah, saya akan minta
Adik Abdullah dan Abang Abbudey
memperdengarkan hafazan surah baru mereka.

Jika ada sedikit masa terluang, saya akan 'tebuk' (tanya)
mereka dari pelbagai surah2 lama.

p/s: adakalanya tidak dapat lakukan jika anak2 terlampau letih dan tertidur dalam kereta.

perjalanan pualng dari sekolah pula biasanya mesti tertidur dalam kereta, anak pun mesti tertidur
keletihan

Pada waktu petang, biasanya anak2 akan keluar bermain. 

Maghrib pula siap2 untuk makan malam dan mula buat homework.


Malam2 jika anak selesai homework, jika ada kelapangan, saya akan minta mereka ulang
hafazan surah2 lama.

Adakalanya mereka letih dan homework banyak, jadi, tak sempat nak minta mereka ulang hafazan lama.
ALLAH beri kami kekuatan dan permudahkan urusan kami untuk menjaga , menghafaz Al-Quran dan meneruskan perjuangan Islam. amin2.


Saturday, May 11, 2013

Rejab datang lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

MasyaALLAH, betapa pantasnya masa berlalu, hari ini 11 mei bersamaan dengan hari pertama Bulan Rejab.

Bermakna tak lebih dua bulan lagi, kita semua akan berpuasa Ramadhan.


Dalam kegembiraan kita menyambut Bulan Ramadhan, sama2lah kita fikir dan muhasabah kembali, selama sudah banyak tahun kita menyambut Ramadhan, ada bertambah baiklah ibadah dan amalan kita dan KELUARGA dari tahun ke tahun?


Bagaimana dengan ibadat2 sunnat kita? Adakah kita istiqamah melakukannya?

(Tips: untuk tingkatkan amal2 sunnat

contohnya:
Cuba lazimi untuk berisitgfar sebelum tidur.
Bila dah menjadi kelaziman kita, tambah lagi amalan: contoh: cuba lazimi untuk baca Surah ALKahf setiap jumaat.
Bila dah dapat lekat baca Surah AL-Kahf setiap Jumaat, lazimi pula zikir2 lain ketika menaiki kenderaan, memasak, atau perkara2 lain.

SENTAP: agak2 berapa peratus zikir yang keluar dari mulut kita berbanding dengan sembang2 kosong?
80% ?
50 % ?
10 %
3 % ? 

muhasabah kembali)

Bagaimana dengan bacaan AL-Quran kita?

Bagaimana dengan zikir kita?

Bagaimana dengan solat anak2?

Bagaimana dengan AL-Quran anak2?

Moga ALLAH berkati kehidupan kita semua dan keluarga



Semalam, di hari terakhir Bulan Jamadil Akhir, timbul dan terdetik rasa syukur yang dikongsikan oleh suami atas kehidupan yang sempurna yang ALLAH kurniakan kepada kami:
1- Kesihatan yang sempurna
2- Anak2 yg soleh dan bijak
3- Tempat tinggal yang selesa
4- Suasana yang soleh di dalam rumah . (Kalau kita tidak mampu untuk mengislahkan masyarakat di luar sana, janganlah kita lupa untuk islah mereka yang kita mampu.)

ALLAH berkatilah hidup kami sekeluarga, amin3

kata2 Prof. Muhaya yang amat menjentik hati


ALhamdulillah, besarnya nikmat ALLAH kepada kami, ALLAH kurniakanlah nikmat2 ini kepada semua muslimin dan muslimat.

mohon maaf:
Tuan pemilik blog ini agak sibuk kerana sudah kembali ke
sekolah dan juga berusaha untuk pulun habiskan sisa2 akhir penulisan
tesis MA.
(MOHON DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN)

(Dalam otak, banyak ingin dikongsi dalam blog, tetapi banyak pula perkara yang perlu diutamakan,
1- anak2
2- kerja2 sekolah dan rumah
3- MA

(Alhamdulillah, ALLAH sibukkan dengan perkara2 yang baik dan berfaedah)

ALLAH berkati anda semua
amin3

Friday, May 3, 2013

Video Persembahan anak2 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

بسم الله الرحمن الرحيم

seprti yg ditulis dlm entri yg lepas, sy akan berkongsi rkmn video persembahan anak2 di PWTC .

Inilah link videonya:


*1- Abang Abbudey berusaha meniru suara Muhammad Toha Al-Junayd

*2 - Adik Abdullah tersilap baca surah AL-Qalam pada mula =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...