**Moga2 tulisan ini membuahkan kesan di hati
بسم الله الرحمن الرحيم
Ini adalah antara gaya penulisan yang saya minati.
Penulis yang terkenal dengan gaya bahasa yang kadang-kadangnya santai dan adakalanya berat, ayat2 yg menusuk ke kalbu, bijak menggambarkan suasana, persekitaran dan memainkan emosi pembaca dengan bahasa2 yg cantik.
Nak tahu buku apa?
Inilah bukunya:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Buku-buku Ustz Hasrizal yang lepas yang 'meletup' seperti Rindu Bau Pohon Tin sangat menarik dan telah lama selesai dibaca.
Tahun ini beliau kembali lagi dengan hasil tulisan yang makin menarik...
Cuma saya je yg tertinggal keretapi sbb baru dapat membelinya...
belakang buku |
Kisah penulis yang 'terpenjara' dalam menamatkan sijil B.Anya di Jordan akibat pelbagai ujian dan dugaan yang menimpa beliau dari biasiswa ditarik semula, kemalangan jalanraya, masalah kesihatan hingga beliau masuk penjara di Scotland...Dugaan yang tidak dijangka oleh akal manusia bertalu2 menimpa beliau membuatkan pembaca sedar betapa Maha Kuasanya ALLAH itu menguji orang2 yang beriman.
SANGAT MENARIK!
harganya |
Segala perancangan yang disusun dan diatur rapi, tetapi ia hanya perancangan seorang manusia yang lemah. ALLAH itu Maha kuasa untuk menentukan segala-galanya.
أنت تريد وأنا أريد والله يفعل ما يريد
Rasa sesak nafas bila membaca ujian yang melanda penulis hingga pengajian B.Anya yang patut diselesaikan dalam masa 4 tahun itu menjadi 8 tahun. Dan itu baru sahaja permulaan ujian...
Kemudian beliau diuji lagi ketika menjadi pengetua di sebuah sekolah dan juga imam (dalam masa yg sama) di sebuah masjid dalam komuniti muslim di Belfast.
Diceritakan juga kisah hiwar tentang persoalan agama di sana dari orang bukan Islam yang akhirnya memeluk Islam setelah kajian yang mendalam juga kisah2 ancaman terhadap muslimin yang menetap di sana.
Bila baca kisah2 pengislaman mereka ini, terus terngiang2 dlm ingatan saya Hadis Rasulullah SAW tentang ganjaran orang yang mengislamkan orang kafir:
عن سهل بن سعد رضي الله عنه قال أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لعلي رضي الله عنه: ( فوالله لان يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من حمر النعم) أخرجه البخاري
Maksudnya:
Daripada Sahl bin Saad RA berkata: Rasulullah SAW bersabda kepada Ali RA: (Demi ALLAH. Seseorang yang mendapat hidayah dengan disebabkan kamu adalah lebih baik dari unta merah (tanda puncak kekayaan masyarakat arab.))
Sebuah travelog yang membuahkan rasa kehambaan dan penyerahan yang meninggi kepada Pencipta.
OK.
Selamat membaca. Semoga beroleh manfaat dari buku ini..Amin =)
No comments:
Post a Comment