Monday, November 5, 2012

Berakhirlah perjalanan Abdul Rahman di PASTI

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, Abdul Rahman sudah pun tamat pengajiannya selama 3 tahun di PASTI MUTMAINNAH... bila dah habis ni rasa sekejap je Abdul Rahman belajar di PASTI, padahal 3 tahunlah jugak.... Pelbagai kenagan manis &  pahit

Anak yang habis PASTI, maknya pula yang rasa sayu... adoi laaa....

Rasa sat je Abdul Rahman dah besar...Lepas ni masuk sekolah rendah, pastu sekolah menengah, Universiti...Anak yang dahulunya lahir pada awal musim sejuk di Syria ni dah besar dah...

Bagai terbayang2 lagi Abdul Rahman yg kurus jee  waktu baby (skrg pun still kurus anak ini), tidur malam, hidungnya sejuk sangat (macam beku pun ada ) sbb musim sejuk....Bila kembung perut, cuak satu rumah, buat apa pun tak lega...

Kalau karan takde, kalut2 lah bakar pemanas minyak tanah (dipanggil sobya) dengan bau miyak tanah yg 'semerbak' , sbb takut anak sejuk...

Kalau mandikan Abdul Rahman, cepat2 bungkus & pakaikan baju..Dahulu Abdul Rahman masa baby setiap kali mandi, menangis kemain kuat...

Kalau pampersnya bocor, kenalah buka tiga, empat helai baju yang dipakai, dan salin semula tiga, empat helai baju bersih...Musim sejuklah katakan, baby pun kena pakai baju banyak lapis...

Sekarang ni dah habis dah tinggalkan alam PASTI. Moga Abdul Rahman terus melangkah, meningkatkan prestasi, ketaqwaan dan istiqamah dalam amalan2 solehnya.

Perasaan sayu seperti ini adalah biasa bagi setiap yang bergelar ibu bapa. Begitu jugalah yang sempat saya baca dalam catatan blog Ustaz Hasrizal beberapa hari yang lalu.

Di bawah ini, ingin saya kongsikan sedikit kemeriahan Ihtifal Pasti Mutmainnah pada tahun ini.

Ihtifal PASTI MUTMAINNAH

Abdullah menyampaikan hafazan Surah Annaba'



Abdul Rahman mempersembahkan khutbah

Nasyid dari pelajar perempuan PASTI kelas 6 tahun
  Acara pakaian tercantik...




Pelajar perempuan

Pelajar2 lelaki

yang ni pun pelajar PASTI (4 tahun) tapi tak nak masuk barisan....huhu

Hari2 akhir bagi Abdul Rahman memakai uniform PASTI



Alhamdulillah...
Moga terus istiqamah menjadi orang yang bertaqwa...




Jazakumullahu khairan kathira kepada cikgu2 PASTI yang bertungkus lumus, bersabar mendidik anak2 kecil ini sehingga pandai... Didik yang terawal itulah yg amat penting kerana kain putih itu baru mula dicorak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...