بسم الله الرحمن الرحيم
Walaupun sekolah lain dah masuk minggu ke-3 cuti sekolah, tapi kami di tahfiz baru sahaja mula bercuti (kami rajin!)
Untuk cuti sekolah ini, perancangan yang saya lakukan adalah banyakkan masa dengan anak-anak. Buat pelbagai aktiviti dengan mereka. Yelah, bila masa kerja, kita asyik busy tak habis2, bila tiba cuti sekolah ini, berilah perhatian pula kepada anak2.
Antara yang boleh dilakukan ialah BERKONGSI CERITA DENGAN ANAK2.
BERKONGSI CERITA adalah satu aktiviti yang amat mudah, sangat menyeronokkan bagi kanak2, tapi perlu kepada FOKUS.
Jangan berkongsi cerita dengan anak2 sambil mata anda mengadap FB.. tak best langsung untuk anak2, ibu bapa tak fokus.(walaupun pernah lakukan, tapi dah bertaubat)
Duduk bersama mereka dan mula berkongsi cerita.
Saya berkongsi cerita dengan anak2 sebelum baca AL-Quran. Buat seronok2 dulu sebelum baca AL-Quran. Waktu time kerja, agak terhad, kelam kabut. Sekarang ni dah cuti boleh cerita panjang2. (kadang sampai meleret2 lah pulak ceritanya)
KISAH 1
Sekarang Abdul Rahman sedang baca Surah AL-Baqarah, jadi antara cerita kami:
- Mama : Abang tau tak apa makna Al-Baqarah?
- Abbudey: Lembu.
- Mama : Abang tau tak kenapa Surah Al-Baqarah tu nama dia lembu? (lepas tu teruslah cerita tentang kisah Bani Israil dengan perintah ALLAH untuk mencari lembu...... cerita meleret hingga ke kisah baba sembelih lembu dan lembu yang dia nampak di jalan...)
KISAH 2
Begitu juga saya tanya kat ABbudey, Abang tau tak kenapa kita kena baca Quran setiap hari. Sebab AL-Quran tu ALLAH turunkan kepada Rasulullah SAW untuk kita belajar. Dalam dia ada perintah ALLAH. (Baca ayat suruh solat, suruh puasa..dll)
KISAH 3
Adik nak baca quran berapa banyak? Kalau adik baca quran banyak adik dapat pahala baaaaaaaaaanyaaakk.. Nanti adik boleh masuk syurga. Dalam Syurga ada apa? Dia akan sebut: halib, zirafah, lembu, kucing, dan semua benda yang dia suka.
KISAH 4:
Oleh kerana sekarang Abdul Rahman sedang hafal Surah AL-Munafiqun, saya tanya kepada dia sebelum dia baca hafazan. Abang tau tak surah ni dia cerita tentang orang munafiq tau? Abang tau tak siapa dia orang munafiq? ........
Dalam Surah ni kan ALLAH ada kata juga, Kalau kita ada harta ada anak, kita jangan leka dari zikir, Kalau tak, kita jadi orang yang rugi (buat intonasi menakutkan..budak akan bagi respon takut yang cukup baik punya).
Abang ada harta tak? ceritalah harta dia adalah mainan2nya, basikalnya... Abang zikir tak? Terangkan kepadanya abang Baca Quran ni zikirlah juga.
KISAH 5
Abang tau tak kenapa kita kena ulang surah yang kita hafal selalu? (Saya dah pernah ceritakan kepadanya).
Dia akan cerita semula kisah perumpaan AL-Quran dengan unta liar (dari hadis Rasulullah SAW)... Kalau kita lama tak jumpa dia, dia akan marah, dia akan liar dengan kita. Kalau kita selalu jumpa dia, barulah dia baik dengan kita.
Dan bila kita dah mula cerita mereka akan sambung cerita panjang, contoh semalam Abdul Rahman cerita kepada saya:
Mama tau tak, ari tu ada orang Palestin datang kat Masjid, dia tunjuk gambar rumah dia runtuh, perang, pastu abang bagi sedekah kat dia.
Dan momen bercerita ni akan dikenang anak hingga dia dewasa kerana kita juga adakalanya teringat saat ibu bapa kita bercerita dengan kita ketika kecil.
Jom Bercerita dengan anak2.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi ilmu. Walaupun ilmunya adalah kebiasaan dilakukan oleh para ibu-ibu namun pendekatan penyampaiannya sangat memberi makna kepada pembac a. Saya bersetuju bahawa banyak memori indah semasa kecil bersama kedua ibu bapa memberi semangat dan keyakinan diri yang tinggi kepada kita hingga kehari ini dan menjadikan kebanggaan untuk diceritakan balik buat anak dan cucu. Adalah tanggungjawab kita pula untuk memberi yang lebih baik buat anak-anak kita untuk jadi memori yang dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah .
Waalaikumussalam.
DeleteSama2.
Komen ini amat menyentuh hati saya kerana saya juga benar2 merasakan, bila sudah ada anak2 ini, banyak memori indah bersama keluarga (terutamanya ibu bapa), banyak membantu kita.
ALLAH berkati ibu bapa kita semua, amin3 =)