Wednesday, November 28, 2012

Menghadiri Klinik Ibu Kool Ayah Hebat

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yang dirancangkan pada entri lepas bahawa saya ingin berkongsi cerita tentang penyertaan saya dalam Klinik (atau seminar) Keluarga Ibu Kool Ayah Hebat pada sabtu lepas.

Seminar ini diadakan dengan tujuan ingin membantu ibu bapa dalam menyelesaikan masalah anak-anak. Seminar selama setengah hari ini diadakan di Masjid Jamek Kuala Ketil, pada 24.11.2012, kebetulan seminar ini juga berlansung pada Hari Asyura.

Anjuran Masjid Jamek Kuala Ketil.
Yuran penyertaan: FREE

tentatif program
Seminar ini sangat berfaedah dan memberi manfaat kepada diri saya.
Banyak pelajaran dan ilmu baru yang dapat dalam seminar ini.

antara isi kandungan nota

nota yang disediakan dan buku yang dibeli untuk rujukan di masa hadapan


Antara intipati yang dapat saya rumuskan dalam seminar ini ialah:

YANG PALING PENTING SEKALI, APA MATLAMAT KITA DALAM MENDIDIK ANAK2?? APA YANG KITA MAHU DARI ANAK2 APABILA KITA SUDAH TUA NANTI? APABILA KITA SUDAH TIADA LAGI??

1- Kepentingan mempelajari ilmu keibubapaan dan bukan hanya mengikuti apa yang dilakukan oleh ibu bapa kita kerana perubahan masa. Zaman sekarang tidak sama dengan zaman dulu.

2- Memahami keperluan anak2 mengikut peredaran usianya.

3- Memahami usia anak2 dan perbezaan antara anak lelaki dan anak perempuan.



4- Doa itu amat penting.

5- Puan Jamilah dan suami juga berkongsi banyak aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan bersama anak2. Kalau nak tahu, boleh juga baca dalam buku mereka.



 Apakah solusi untuk mengubah dan menyelesaikan masalah anak2 sekarang?

Solusinya ialah BERUBAH!

PERUBAHAN  tak boleh berlaku dalam masa sesaat, seminit, atau sehari... Ia mengambil masa yang lama, tapi ia perlu DIMULAKAN!

Seminar ini diakhiri dengan pembentangan bengkel yang dibentangkan oleh kumpulan2 peserta berkisar tentang tajuk 'Bagaimana ingin menangani masalah anak2 yang ketagih internet?'. Setiap pembentangan akan diselangselikan dengan tips tambahan yang berguna dari Puan Jamilah dan suami.

kualiti video tidak clear sbb guna camera hp saja...handycam tertinggal...

Buku yang sangat bagus untuk dibaca oleh ibu bapa
Banyak sangat manfaat dan tips yang terdapat dalam buku ini.
Terus terang saya katakan buku ini sangat menyentuh perasaan dan naluri ibu bapa
(kerana terketuk kepala dengan teguran kepada diri sendiri yang ada dalam buku ini)


Membaca buku ini amat menyeronokkan. Dalam buku ini Puan Jamilah berkongsi pengalamannya dan tips2 dalam mendidik anak2, apa yang patut dilakukan dan apa yang patut ditinggalkan.



Antaranya juga adalah tips bagaimana seorang ibu itu menguruskan rumahnya, anak2nya, keluarganya dan dalam masa yang sama menyediakan ruang untuk dirinya sendiri.

antara isi kandungan yang amat menyentuh perasaan

ilustrasi yang dilukis sendiri oleh anak perempuan Puan Jamilah Samian





titpan ilmu dari Buletin Madinatul Ilmi,
Masjid Jamek Kuala Ketil

Di bawah ini pula ialah antara salinan nota Abdullah yang turut hadir menyertai klinik Keluarga Ibu Kool Ayah Hebat ini.

Kebetulan terlupa bawa buku aktiviti yang biasa disediakan bila mengikuti kuliah di Masjid, akibatnya dia jadi boring dan merengek2. Jadi sambil mendengar seminar, sambil memberi kerja kepadanya, barulah dia boleh duduk diam






Semoga dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dan dibaca dari buku2 ini, InsyaALLAH.

Maklumat lanjut dan banyak tips keibubapaan boleh juga didapati disini:

http://coolmumsuperdad.com/
https://www.facebook.com/groups/coolmumsuperdad/
Jom Tambah ilmu keibubapaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...