Tuesday, November 27, 2012

Mukadimah cuti sekolah yang padat! Alhamdulillah...

بسم الله الرحمن الرحيم

Minggu pertama cuti sekolah bermula dengan pelbagai program dan aktiviti yang padat dalam keluarga kami.

Dimulakan dengan menyertai Klinik Keluarga bersama Puan Jamilah Samian dan suaminya di Masjid Kuala Ketil pada Sabtu lepas (24/11/2012) yang InsyaALLAH saya akan kongsikan dalam entri yang lain.

Sempat juga membeli buku hasil tulisan Puan Jamilah Samian yang sangat memberi inspirasi.
Buku Ibu Kool Ayah Hebat.
InsyaALLAH akan kongsi ulasanya pada entri2 yang akan datang,
InsyaALLAH.

Selepas itu pula, ke Sungai Petani untuk selesaikan beberapa urusan termasuk menukar tayar kereta untuk perjalanan jauh keesokkan harinya..


Abdullah menyelesaikan buku yang baru dibeli sementara menunggu kerja2 menukar
tayar kereta siap

Keesokkan harinya pula, pagi2 lagi sudah menuju ke KL. Dan kami menginap di homestay 2 tingkat di Dengkil.

Tujuan pergi ke KL adalah untuk menghantar Paksu Amin ke Yaman untuk meneruskan lagi perjuangan mencari ilmu, InsyaALLAH


Anak2 ni berlari tidak berhenti sepanjang berada di KLIA.
MasyaALLAH banyaknya tenaga mereka !!

Tengoklah betapa seronoknya budak2 ni:


Semua yang di atas pentas ini adalah sepupu Abbudey dan Abdullah...Meriah kan? Habis satu airport dengar suara mereka saja.. Macam nilah anak2 ini sepanjang berada di airport selama lebih kurang 3 jam. Sangat energetic kan? kan? kan? Seronok sungguh mereka!

Sempat singgah di Putrajaya sebelum menuju ke Nilai
Sepanjang perjalanan dan penginapan di Homestay, budak2 lah yang paling seronok.. Dapat bermain dengan sepupu2nya dari pagi sampai tengah malam.


Pulang ke Kuala Ketil pula, misi-misi pembersihan rumah dan membasuh baju sedia menunggu.

Saya tinggalkan Abdullah dengan buku ini sepanjang masa menyudahkan misi2 tersebut

buku aktiviti kraf yang sangat bagus dan mempunyai banyak idea yang manarik


mula dengan mewarna dengan jari!







sticker utk gajaran turut disertakan dalam buku tersebut

arahan mewarna menggunakan cotton bud..
idea yang bagus kan?

tekun

berehat bersama dub barunya
Alhamdulilah Abdullah juga begitu sibuk dengan kerja2nya sepanjang
saya menyelesaikan misi mencuci dan membersih
Oh, sepanjang 2 hari meninggalkan Kuala Ketil, Homestay kami tinggal itu tidak mempunyai talian internet, jadi 2 hari itu dipenuhi dengan aktiviti yang tidak melibatkan komputer dan internet. Paling seronok dapat mengadap buku Ibu Kool Ayah Hebat berjam2.

Dan pulang sahaja ke Kuala Ketil, keesokkan harinya baru sempat melihat 'rumah'. Kelihatan 'rumah' ini  sudah berubah menjadi cantik dan ceria hasil kreativiti team AlFatih Studio. Jazakumullahu Khairan Kathira kepada team Al-Fatih Studio dan juga kepada blogger Dunia Susu Ibu yang menyarankan kepada saya.

=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...