بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah berlalu sudah tahun 1433H...Moga ALLAH memberi keampunan kepada kita pada tahun2 yang lalu dan memberkati kita pada tahun2 yg mendatang. Amin.
Dan dua hari terakhir 1433H yang agak sibuk. Datang dari Kedah malam sebelumnya, paginya sertai Seminar Raising Young Khalifah dan menyelesaikan beberapa urusan di Shah Alam, kemudian terus memecut (
Singgah makan petang ketika perjalanan ke KL.. Abbudey kata: Lama kita tak mai restoren ni kan?! erkk!! |
Lepas makan, tiba2 Abdullah nak p tandas! errkk!! ALhamdulillah ada stesyen minyak Shell berdekatan... |
ALhamdulillah, Seminar Raising Young Khaifah yang bertempat di Dewan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, mendapat sambutan yang menggalakkan. (Lamanya tak pergi tabung haji, masih sama seperti masa pergi waktu kecik2 dulu...memori.)....
Credit pic: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151087927476612&set=a.466868491611.253845.247020686611&type=1&theater Lebih dari 400 peserta yang hadir |
Alhamdulillah mungkin ini menunjukkan keprihatinan ibu bapa masa kini untuk mengubah cara didik dan tarbiah anak2 kepada cara yang lebih islamik.... ALhamdulillah..
Seperti kata seorang peserta yang duduk di hadapan saya. Katanya: Dulu mana ada seminar Islamic Parenting, yang banyak ajar membaca, ajar urut baby dan lain2. Sekarang baru mula tumbuh seminar2 keibubapaan yang islamik. Alhamdulillah, ia adalah satu permulaan yang baik
Ustaz Faudzil Adzim yang menerangkan tentang jalinan emosi dua hala. Antara katanya: adakah kita benar2 faham anak kita? Adakah kita tahu kegemaran setiap anak kita.? dan kata2nya yang sangat menusuk dan menikam kalbu ialah: Setiap ibu bapa sangat kasihkan anak2 mereka tapi ADAKAH ANAK2 TAHU BAHAWA IBU BAPA MEREKA MENYAYANGI MEREKA?? Berapa ramai anak2 yang berdendam dengan ibu bapa mereka! |
Penerangan tentang aktiviti untuk mendapatkan jalinan kasih antara ibu bapa dengan bermain. |
Sesi Ustazah Sabariah Faridah menceritakan pengalaman beliau mengembara ke pelbagai negara menyebarkan dakwah dan menekankan kepentingan pendidikan awal kanak2 secara Islam |
Seorang yang mempunyai banyaaaak PENGALAMAN |
Mungkin ini adalah langkah pertama ibu bapa yang tercari2 kaedah dan cara mendidik anak supaya dekat dengan ALLAH SWT. Moga usaha mereka semua diberkati ALLAH SWT.
Seminar Raising Young Khalifah dimulakan dengan lakonan tentang seorang anak yang diazab dengan api neraka, kemudian dia menyalahkan ibu bapanya yang tidak mengenalkannya dan tidak mendidiknya dengan agamanya, hanya mementingkan kekayaan, keduniaan dan pangkat semata. Lakonan yang membuatkan peserta meremang roma.
Kesimpulan saya tentang seminar ini Alhamdulillah semuanya baik. Membuka minda peserta dan memberi muhasabah kepada diri kita apa yang tertinggal kita lakukan. Mengingatkan diri sendiri dan anak tentang ALLAH. Menyuburkan kasih sayang kita kepada anak2.
Ustazah Badariah yang membentangkan pendidikan tauhid kepada anak2. Sangat menarik.. Kanak2 sudah mengenal ALLAH secara fitrah, kitalah yg perlu menerangkan secara terperinci. Ingatkan mereka selalu tentang kesucian dan sifat2 ALLAH. Maha mendengar, Maha Melihat, Maha Pengasih . Dan dengan asmaul husna |
Sesi Ustaz Hasrizal. Sebut Ustaz Hasrizal sahaja tak perlu nak diterangkan lagi. Seorang penceramah yang hebat dan berkaliber. Menggamat suasana petang. |
Ustaz Hasrizal sendiri telah menulis tentang pembentangannya dalam seminar ini di sini: http://saifulislam.com/?p=272 Sangat laju! |
InsyaALLAH semua usaha ini terus cemerlang dan memberi impak dalam masyarakat, InsyaALLAH.
Sayangnya saya tidak sempat untuk menyertai forum bersama Dr.Harlina Haliza Siraj, Puan Dayang Lily Abang Muas (yang juga merupakan penulis kepada buku yang pernah saya ulas di sini: http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/07/buku-comel-ahlan-wa-sahlan-ya-ramadan.html)dan Ustaz Hasrizal dalam sesi yang terakhir kerana perlu berkejar untuk selesaikan urusan di Shah Alam dan terus memecut laju ke Kedah. Hari yang sangat padat.
lencana comel bukti kukuh saya seorang peserta seminar ini. |
lencana comel! Bukan untuk 2 orang anak lelaki saya. Untuk dihadiahkan kepada orang lain =) |
Comel kan? Aktiviti dalam buku ini juga menarik |
Antara aktiviti dalam buku ini |
Abdullah yang kepenatan menyelesaikan aktiviti dalam buku tersebut PERHATIAN: JIKA ANAK2 TIDUR DALAM KEADAAN BEGINI, SEGERALAH KEMASKAN BARANG2 MEREKA SEPERTI, PENSIL SUPAYA DAPAT MENGELAK DARI KECEDERAAN. |
Doakan seminar kami pada sabtu ini pula InsyaALLAH...
Salam puan, di mana boleh dptkn buku2 tu.
ReplyDeleteWaalaikumussalam puan.
ReplyDeletePuan boleh dapatkan buku2 tersebut dari web ini:
http://www.anamuslimshop.com.my