بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah... antara perkara baru yang sempat dibuat dalam waktu cuti sekolah ini ialah sesi mengajar tafsir kepada anak2.
"MENGAJAR TAFSIR??? KEPADA BUDAK2 4 TAHUN DAN 6 TAHUN?? TAK BERAT KE?? "
Janganlah buat2 terkejut pulak.
Saya tidaklah mengajar macam prof mengajar Maddah Tafsir dalam Kuliah Usuluddin.
Saya mengajar tafsir secara santai sahaja selepas anak2 membaca AL-Quran, seperti yang pernah dikongsikan di sini:
Contohnya Abang ABbudey baca Surah Al-Baqarah mukasurat 10, maka saya akan bercerita tentang tafsir mukasurat tersebut yang berkisar tentang lembu kuning Bani Israel.
Kanak2 kan sangat sukakan cerita, lagi2 kalau kita cerita dengan penuh perasaan dan intonasi... siap bulat2 mata, ternganga-nganga mulut anak mendengar cerita.
Dan untuk bagi mudah ingat kisah dan lebih fokus pada kisah yang diceritakan, saya mengajar TAFSIR sambil melukis!
Kisah tentang Bani Israel yang disumpah menjadi monyet |
Kisah tentang asal usul bani Israil dan Kisah Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf |
Kisah tentang Nabi Musa |
Kisah tentang Nabi Musa membelah laut |
Banyak lagi yang perlu dilakukan bersama anak2, semoga ALLAH memberi kekuatan dan keberkatan, InsyaALLAH
No comments:
Post a Comment