بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah beberapa hari yang lalu, kami sekeluarga sempat membuat pizza bersama2.
Resepi untuk doh pizza saya ambil di sini:
Dan resepi untuk topping, pakai campak je segala apa yg ada dalam freezer. Teknik mencampak yang handal dan berseni adalah ciri2 penting untuk pizza yang sedap(haha)
Antara bahan2 yg dicampak:
1- daging ayam goreng
2- udang goreng
3- sardin + tomato puri (utk sosnya)
4- bawang
5- cabai
6- lada cameron (antara yg penting dan menyedapkan pizza.)
7- buah zaitun
8-cheese
Okay, jom kita tengok cara anak2 membuatnya:
mencampurkan garam dalam tepung |
campur sedikit gula + yis |
uli sepenuh perasaan Selepas itu, tutup dengan kain basah dan rehatkan sebentar |
Bila dah cukup kembang, lenyek (berkopian sebab baru lepas solat Maghrib) |
cucuk dengan garfu supaya bahagian dalam masak dengan elok nanti |
Selepas letak topping, letak cheese pula |
Kerja membasuh pinggan mangkuk adalah hobi adik. Tiap2 kali habis basuh, mesti kena salin baju sebab basah kuyup |
Sementara tunggu pizza siap dibakar, anak2 baca buku ini dulu Nanti saya akan tulis tentangnya di entri akan datang InsyaALLAH |
Sebelum masuk oven |
ALhamdulillah. Siap! |
seronoknya! kalau anak2 saya tengok ni, mesti dorang pun nak buat juga.
ReplyDeletetk aishah krn sharing tips & resepi, insyaAllah nak cuba :)
dah lama x buat pizza...feveret anak2 kak nie jugak ni. InsyaAllah...nak cari masa jugak buat ngan anak2 ;)
ReplyDeleteSedapnya pizza.dibuat anak2 comel. Alhamdulillah.
ReplyDeleteSedapnya pizza.dibuat anak2 comel. Alhamdulillah.
ReplyDeleteALhamdulillah... Terima kasih semua...
ReplyDeleteSebenarnya taklah susah sangat pun nak buat pizza + jimat kos.. =)
tapi anak2 saya pula lebih excited utk membuat pizza berbanding makan pizza =P