Sebenarnya saya amat TAKJUB dan sangat gembira dengan kepekaan anak2 terhadap ayat AL-Quran.
Dan selalu sahaja KEPEKAAN mereka ini di luar jangkaan minda kita dan amat menyentuh hati saya.
Kisah ini berlaku pada malam 15/1/2013. Selepas makan malam dan buat homework, seperti biasa anak2 akan membaca AL-Quran dan mengulang hafazan.
sumber: google image |
KISAH 1:
Kebetulan Adik Abdullah baca Surat AL-Insan.
Dan pada ayat 8, dia tertarik pada perkataan 'MISKIN'. Maka seperti biasa anak2 akan bertanya apa maksudnya.
Maksud ayat tersebut ialah:
((Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada ORANG MISKIN, anak yatim dan tawanan.)) -Surah Al-Insan: ayat 8
sumber: Google Image |
Selepas beberapa surah yg diulang, Abdullah mengulang pula Surah AL-Maaun, dan sekali lagi dia tertarik dengan perkataan MISKIN pada ayat 3 yang bermaksud:
(( Dan tidak mendorong memberi makan kepada ORANG MISKIN.))
Bila surah diterangkan terjemahan ayat tersebut, terus adik kata:
"Tadi depa bagi makan orang miskin, ni depa tak bagi makan kat orang miskin pula."
sumber: Google Image |
Kerana itu, kenalah buka Quran Tafsir setiap kali membaca AL-Quran bersama anak2 untuk menjelaskan persoalaan2 mereka.
InsyaALLAH saya akan cerita tentang kepekaan Abang Abbudey tentang ayat AL-Quran pula pada entry yg akan datang, InsyaALLAH.
MOGA KAMI DAPAT ISTIQAMAH! AMIN.
mayaAllah hebatnya anak2 kecil ni.
ReplyDeleteALhamdulillah.. Moga anak2 ceqgu juga lebih hebat!
ReplyDelete