Saturday, January 26, 2013

Kepekaan Abang Abbudey terhadap ayat Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada entri lepas, saya pernah bercerita tentang kepekaan Adik Abdullah terhadap ayat AL-Quran.

InsyaALLAH kali ini saya akan bercerita tentang kepekaan Abang Abbudey terhadap ayat Al-Quran. Kisah ini juga berlaku pada malam 15.1.2013.

Abang Abbudey baca AL-Quran sebelum adik Abdullah.

Malam tersebut kami baca Surah AL-Baqarah, ayat 170-173.

Pada ayat 173, ketika saya membacakan ayat tersebut, ada perkataan 'KHINZIR', terus Abang ABbudey bulatkan mata dia dan sengih sambil berbisik: "Mama, khinzir!." (dapat bayangkan tak macamana muka Abang ABbudey ketika itu? =P)
(Anak2 sangat sensatif dengan perkataan 'khinzir'!)
sumber:
Google Image

Saya pun syarahkanlah ayat tersebut:

(( Sesungguhnya Dia (ALLAH) mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging khinzir dan daging yang disembelih dengan menyebut nama selain ALLAH SWT.

Tetapi barangsiapa yang terpaksa makannya (bukan kerana menginginkannya) dan tidak pula melampaui batasan, maka tiada dosa baginya. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang.))

Dan anak seperti tidak boleh menerima dan percaya bahawa khinzir itu boleh dimakan ketika darurat dan langsung tiada makanan. Kalau tidak makan, boleh membawa kepada kematian.

Maka sesi bacaan Al-Quran selalu bertukar2 wajah menjadi sesi Fekah, atau tafsir atau Sirah.

Oh, bahagianya! Moga ia berterusan dan kami dapat Istiqamah. AMin

*tears*
sumber: Google Image

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...