بسم الله الرحمن الرحيم
Antara nikmat yg ALLAH kurniakan kepada kita ialah bila hati merasakan bersemangat dan penuh dengan aura positif.
Perasaan yang bahagia.
Rasa kaya dengan idea!
Rasa bersemangat!
Ceria!
Seronok!
Moga ALLAH berikan kita semua aura positif yang berpanjangan. Amin!
Antara cara yang membuatkan saya mendapat aura positif ialah:
1- Bila bersahabat dengan orang yang positif
Orang yang positif ialah orang yang kurang merungut, kurang menyebar cerita2 negatif (sungutan, keluhan). Kata2 mereka memberi semangat dan positif.
Hinggakan ayat al-quran juga meminta kita menyebarkan cerita positif . Seperti ayat 11 dari Surah kesukaan Abdullah
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Maksudnya:
(( Adapun nikmat Tuhanmu, maka
hendaklah Engkau sebut-sebutkan hendaklah kamu menyebut-yebutNya (dengan bersyukur) ))
Dan juga Rasulullah SAW juga menggalakkan kita menyebarkan cerita positif dan hindarilah dari berkongsi cerita negatif dari hadis mimpi ini:
عن أبي سعيد الخدري أنه سمع النبي صلى الله عليه
وسلم يقول إذا رأى أحدكم رؤيا يحبها فإنما
هي من الله فليحمد الله عليها وليحدث بها وإذا رأى غير ذلك مما يكره
فإنما هي من الشيطان فليستعذ من شرها ولا يذكرها لأحد فإنها لا تضره
(( Apabila
seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia
mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan
sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu
adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti’azah dan jangan
ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat
kepada nya.))
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa’id
Ustazah Siti Khadijah yang sentiasa menyebarkan aura positif dalam pelbagai cara |
Sebaliknya jika bersama dengan orang yang negatif, sering bersungut, mengeluh akan membuatkan kita jadi penat dengan keluhannya dan jadi penat juga terkesan dengan ceritanya. (saya juga perlu banyak ubah diri dalam bab mengeluh ini..ya rabb!)
UBAH KELUHAN KEPADA KESYUKURAN
2- Menghadiri tempat2 yang mempunyai aura positif seperti majlis ilmu.
Ini juga adalah sebab mengapa saya menghadiri Bengkel Mendorong Pelajar Corot untuk kali ke-2 pada 26/1/2013 di INSPIN, Alos Star pula selepas menghadirinya di Hotel Swiss Inn pada bulan 12 yang lepas.
Alhamdulillah ALLAH permudahkan urusan saya untuk menghadirinya.
Syukur ALhamdulillah
Ketika bengkel Kredit gambar dr FB USK |
Selepas saya menghadirinya, saya merasakan motivasi diri bertambah dan banyak idea. ALhamdulillah. Moga ALLAH jadikannya berkekalan. Amin3.
Kredit gambar dari FB USK |
BERSAMBUNG........................
di johor belum ada lagi rasenyekan ustazah?ade kawan di gombak mmg sgt syor pegi..nk pegi tapi rasenye tenteatif ke johor tk smpai lagi..
ReplyDeletep/s:kalau ustazah ade maklumat tntg progrm ni di selatan, mintak sebar luaskan di blog.Jzzk!
Di johor bahru baru sahaja berjalan pada 20/1 yang lepas.
ReplyDeleteINsyaALLAH kalau saya tau, InsyaALLAH saya maklumkan.
UM juga boleh ikuti program USK di Fbnya:
http://www.facebook.com/BintuAbdGhaffar?fref=ts
bagaimane kalau kite nk panggil USK buat seminar utk guru2?boleh ke?nnt pinjam fb sesape tgk fb USK hehe
ReplyDeleteBoleh saja.
DeleteUM boleh hubungi asyraffdini@gmail.com untuk maklumat lanjut.