Friday, January 25, 2013

Membuat Pizza bersama anak2

بسم الله الرحمن الرحيم 


Alhamdulillah beberapa hari yang lalu, kami sekeluarga sempat membuat pizza bersama2.

Resepi untuk doh pizza saya ambil di sini:

Dan resepi untuk topping, pakai campak je segala apa yg ada dalam freezer. Teknik mencampak yang handal dan berseni adalah ciri2 penting untuk pizza yang sedap(haha)

Antara bahan2 yg dicampak:
1- daging ayam goreng 
2- udang goreng
3- sardin  + tomato puri (utk sosnya)
4- bawang
5- cabai
6- lada cameron (antara yg penting dan menyedapkan pizza.)
7- buah zaitun
8-cheese 

Okay, jom kita tengok cara anak2 membuatnya:

mencampurkan garam dalam tepung

campur sedikit gula + yis

uli sepenuh perasaan
Selepas itu, tutup dengan kain basah dan rehatkan sebentar

Bila dah cukup kembang, lenyek
(berkopian sebab baru lepas solat Maghrib)

cucuk dengan garfu supaya bahagian dalam masak dengan elok nanti
Selepas letak topping, letak cheese pula

Kerja membasuh pinggan mangkuk adalah hobi adik.
Tiap2 kali habis basuh, mesti kena salin baju sebab basah kuyup

Sementara tunggu pizza siap dibakar,
anak2 baca buku ini dulu
Nanti saya akan tulis tentangnya di entri akan datang
InsyaALLAH
Sebelum masuk oven


ALhamdulillah.
Siap!
**Pesanan saya kepada anak2 sepanjang melakukan kerja2 dapur, banyakkan berselawat dan membaca AL-Quran, kerana itulah yg akan masuk dalam tubuh badan kita.

5 comments:

  1. seronoknya! kalau anak2 saya tengok ni, mesti dorang pun nak buat juga.

    tk aishah krn sharing tips & resepi, insyaAllah nak cuba :)

    ReplyDelete
  2. dah lama x buat pizza...feveret anak2 kak nie jugak ni. InsyaAllah...nak cari masa jugak buat ngan anak2 ;)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya pizza.dibuat anak2 comel. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya pizza.dibuat anak2 comel. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. ALhamdulillah... Terima kasih semua...

    Sebenarnya taklah susah sangat pun nak buat pizza + jimat kos.. =)

    tapi anak2 saya pula lebih excited utk membuat pizza berbanding makan pizza =P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...