بسم الله الرحمن الرحيم
Sejak akhir2 ni, banyak memori semasa kanak2 menerjah2 ingatan...hmmm
Terutamanya bila makan dan melihat anak2 makan. Banyak kenangan bersama keluarga dulu dikenang kembali.
Antaranya:
Bila makan ketam.
Bagi saya, sejak dari masa kanak2 sampai sekarang, saya kategorikan KETAM sebagai makanan yang MEWAH.
ye ke?
Bagi saya ia adalah makanan yang MEWAH sebab jarang dapat makan, mungkin tiga empat bulan sekali kot.
Jarang membelinya, dulu masa kecik2 pun kalau mak masak ketam masak merah tu, memang meriah sakan satu rumah, sampai keluar lesung batu sebab nak pecahkan sepit ketam tu.
Gambar hiasan Sumber: Google Image |
Begitulah juga anak2 saya. Walaupun Abbudey kurang makan, tapi kalau ada lauk ketam berjam2 dia makan.
Ya, makan ketam memang berjam2. Nak kena kupas susah, dapat isinya sikkkkiiiiit jelah..itu kot yang membuatkan ia menjadi begitu mewah dan sedap. Mungkin juga kerana itulah ketam jarang dibeli sebab mengambil masa yang lama untuk selesaikan makan ketam, kalau tiap2 hari dok berjam2 makan ketam, habis masa.
Dahulu, setiap kali kalau makan ketam, mesti mak akan keluarkan isi ketam untuk anak2, dan mak dan abah akan makan bahagian sepit sahaja atau saki baki je.
Sekarang ini, begitulah saya, keluarkan isi ketam untuk Abbudey dan Abdullah.
Tapi ia cukup membahagiakan bila nampak anak2 bersemangat makan isi ketam sampai comot2 mulut.
Walaupun hanya tinggal saki baki sahaja, tapi ia cukup membahagiakan melihat mereka semangat makan.
Mungkin naluri keibupaan.
*tears*
Makanan yang kedua yang mempunyai memori indah ialah:
MANGGA !
Waktu saya kanak2 dahulu, kalau ada buah mangga di rumah, kami tak sabar2 tunggu mak potong (sebab tak berani potong sendiri.)
Oleh kerana kami semua 8 orang adik beradik, maka masing2 akan berebut2 isi mangga yang sudah dipotong, tak sempat penuh pinggan pun dengan isi mangga, berebut2 semua.
Sampai biji mangga pun nak berebut juga, nak meratah.
Punyalah sedap waktu tu rasa.
Gambar hiasan Sumber: Google Image |
Sampaikan ada sekali tu, saya masih ingat tangan mak terhiris pisau hingga berdarah (dah kena pisau, mestilah berdarah, ye tak?) kerana potongkan mangga untuk kami. Udah anak2 asyik berebut2
Kini, Abdullah dan Abbudey juga amat sukakan mangga. Pernah sekali Abdullah minta saya potongkan mangga untuknya, dua biji mangga untuk seorang sahaja.
Dan oleh kerana sentiasa terkenangkan tangan mak yang terhiris ketika potong mangga untuk kami adik beradik, saya sentiasa kontrol tenang dan berjaga2 ketika kupas dan potong mangga.
Nauzubillahi min zalik.
Yang terakhir sekali ialah:
COKLAT.
Coklat seperti gambar di bawah ini:
coklat yang dibeli untuk anak2 untuk dikongsi Abbudey dan Abdullah |
Kini, jika baba membeli coklat ini, saya akan simpan dalam peti ais, tengok2 esok, sudah ada kesan2 gigi merata2 yang menokak coklat ini. Abbudey dan Abdullah pula akan kerap mengujungi dapur...=P
Bila terkenangkan memori zaman kanak2, bagai tersentak. Saya dah dewasa sekarang, dah ada keluarga, dah ada anak2. Saya bukan kanak2 lagi, bukan remaja lagi.
Bagai satu misteri dan keajaiban.
Lepas tu, bila banyak sangat memikir, terus jadi pening...huhu
اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولوالدينا وارحمهم كما ربونا صغارا
ALLAH rahmati dan berkati Mak & Abah yang banyak bersabar dalam membesar kami berlapan
*tears*
No comments:
Post a Comment