بسم الله الرحمن الرحيم
Beberapa minggu yang lalu, saya pernah meluahkan rasa hati saya (rasa hati lah sangat):
"Teringinlah nak makan biskut cornflakes, jom nanti kita buat nak tak Abang ABbudey?"
Sejak dari itu, setiap hari Abang Abbudey tuntut untuk buat biskut cornflakes.
Kebetulan beberapa hari yang lepas, anak2 cuti sekolah , jadi kami pun memulakan aktiviti membuat biskut, tapi masalahnya kekurangan bahan2. Jadi buat sajalah guna bahan apa yang ada.
Saya menggunakan teknik yang istimewa untuk membuat biskut dengan anak2..haha
Yang penting, bahan2 asas untuk membuat biskut ada, antaranya:
1- tepung
2- butter
3- baking powder
4- telur
membuat asas biskut |
bahan untuk dimasukkan dalam asas biskut tadi: ada nestum, cornflakes, coklat cip, dna manik2 warna warni |
tidak sabar2 lagi untuk menjadi chef! |
campur sahaja apa sahaja bahan yang nak dimasukkan dalam asas biskut tadi |
Hasilnya: Siap dibakar pelbagai corak dan bentuk =) |
Teknik buat biskut ini rasanya tidak pernah dibuat orang. =P....
Sesuai untuk dimakan pada ketika tiada makanan dirumah atau pada waktu teringin nak makan biskut...haha
Yang penting mereka seronok membuat biskut.... ALhamdulillah.
KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK
haha tak tahan nk ketawe ayat 'waktu makanan tkde kat rumah'..macam same je kite hahah
ReplyDelete