Sunday, March 17, 2013

Belajar melukis dengan Majalah AULAD

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah banyak hari saya berkongsi tentang aktiviti anak2 menggunakan Majalah AULAD
(dah macam saya pulak yg jadi tokey Majalah Aulad sebab banyak promote...haha)


ALhamdulillah tahun ni PASTI tempat Abdullah belajar ada menjual Majalah Aulad setiap bulan, jadi Alhamdulillah senang kerja untuk mendapatkan Majalah AULAD.
Cuma kirimkan duit, dan Abdullah akan bawa pulang majalah.

Sebabnya kadang2  (selalu) lupa nak beli majalah AULAD ini bila pergi ke kedai.

Ia bukan sahaja dapat menggalakkan anak-anak menjadikan membaca sebagai satu budaya dan hobi, malahan banyak idea yang menarik yang diperolehi.

ilmu dapat, seronok pun dapat. Alhamdulillah.

Kali ini saya ingin berkongsi detik-detik manis Abdullah menggunakan majalah AULAD sendirian, tanpa bantuan dari sesiapa pun:



Abdullah belajar melukis sendiri
step by step
tanpa bantuan sesiapa pun.
Bila dah siap, baru dia tunjuk seraya berkata:
"Mama tengok, cantik tak adik lukis? "

=)

lukisan yang saya lihat comel!
oh..Abdullah sangat meminati kucing. !
=)

aktiviti ini dilakukan dari
Majalah AULAD
edisi Februari 2013


              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...