Sunday, March 24, 2013

Petua dan Tips untuk 1st time nak bawa anak ke masjid (Part 2)

بسم الله الرحمن الرحيم


Kita sambung semula aspek2 yang perlu anda pastikan sebelum membawa anak2 ke masjid bagi yang belum pernah membawa anak2 ke masjid.

1- Keluasan masjid
2- Bilangan jemaah
3- Keselesaan Masjid
4- Aktiviti Masjid
5- Jarak tandas 


KETIGA:

Keselesaan masjid untuk kanak-kanak, Maksudnya kawasan muslimat yang tidak berapa sempit, kawasan luar masjid yang cerah dan selamat yang membolehkan anda membawa anak2 ke masjid. Pastikan bab tangga dan pintu bagi yang mempunyai anak2 yang baru bertatih, nanti takdelah ibunya cemas waktu solat sebab takut anak keluar dan turun tangga ketika tengah solat.


Saya pernah mengalaminya ketika Abdullah kecik. Tengah solat terawih, tak tenteram sbb takut Abdullah keluar dan turun tangga masjid.


Pastikan juga masjid tidak panas supaya anak2 tidak meragam sebab tak selesa.

Pernah sekali minggu lepas, kami ikut baba kuliah di sebuah Masjid di Sungai Petani. Masjid tersebut sangat besar, tapi kipasnya kecil. Saya rasa sangat panas hingga tak boleh nak fokus pada isi2 kuliah. maigrain! Kena pula di Kedah ketika itu musim panas, berhari2 tak hujan, sakit tekak dan batuk2 mula tersebar. Memang sangat berkuap dan panas. berpeluh2. Itu pula kali pertama kami ikut baba kuliah di situ. Tapi anak2 ok je, tahan je...emaknya yang mengada2 bagai nak rak.

Jadi pastikan keselesaan masjid sebelum anda bawa anak ke sana supaya mereka tidak meragam sebab tak selesa.

KEEMPAT:

Aktiviti Masjid. Bagi ibu bapa yang tak pernah bawa anak2 ke masjid, janganlah terus bawa anak2 ke masjid ketika masjid tengah mengadakan aktiviti yang ramai orang seperti solat terawih ke, ceramah maulidur rasul ke.

Udahlah anak-anak tidak biasa dan tidak kenal lagi dengan suasana serta adab-adab di dalam masjid, kita pula bawa mereka ketika majlis orang ramai. Tentu mereka pun tidak selesa, orang lain pun tidak selesa sebab anak2 bising.

Membawa anak-anak ke masjid juga perlukan tunjuk ajar dan latihan kepada anak2.

Abang Abbudey menyiapkan homeworknya ketika kami
ikut baba Kuliah di Masjid Penghulu Him.
Pengalaman saya membawa anak-anak ke masjid sejak mereka menyusu badan lagi memberi saya kesimpulan:

Jika mereka diajar dan dilatih untuk ke Masjid selalu, mereka akan faham dan tahu adab-adab ketika berada di dalam masjid supaya menjaga akhlak, jangan bising dan jangan berlari di dalam masjid.

Bukan Abdullah dan Abang Abbudey sentiasa baik sahaja bila pergi di masjid. Ada juga kadang-kadang mereka berlari dalam masjid, buat bising, tapi saya akan pesan jangan ulangi lagi.

Jika mereka ingin solat di bahagian muslimin, saya akan pesan dahulu:
"Jalan elok2, jangan berlari, jangan main dalam solat dan jangan bising."

Jadi, untuk permulaan, bawalah anak-anak ke masjid pada hari yang tiada aktiviti orang ramai. Bila mereka sudah biasa dan faham dengan adab2 masjid, lama kelamaan mereka akan menjaga adab2 masjid ketika orang ramai.

Jika bawa anak2 ke Masjid ketika orang ramai, pasti anda dan anak2 duduk di belakang, supaya aksi anak anda tidak menganggu perhatian jemaah sedang mendengar kuliah/ ceramah..

pensil warna AULAD (hasil kreativiti Abang Abbudey)
selalu dibawa ke masjid =P
KELIMA:
Pastikan juga jarak tandas yang mesra kanak-kanak dan ibu juga. Supaya senang untuk anda yang mempunyai baby dan anak kecil. Perkenalkan tandas masjid kepada anak2. Saya akan pesan dan tunjuk tandas kepada anak, suruh mereka pergi jika rasa mahu buang air.

Sebaiknya juga, sebelum anda mula solat tanya dan pastikan anak tak mahu membuang air,

Eksiden ter'kencing' di masjid juga pernah berlaku kepada saya.
Memang saya dah tanya anak nak buang air ke tidak sebelum solat (biasalah kadang2 anak kata taknak, padahal dia dok tahan), lepas solat, bahagian perempuan dah kunci (tandas dalam masjid), anak pula tak tertahan-tahan nak terkencing, saya suruh dia pergi mendapatkan baba. 

Dia sampai je dekat baba (ketika itu di kawasan kolah tempat ambil wudhuk), terus terkencing. Nasib baik dengan kolah, senang nak jirus. huhu...



aktiviti 'senyap' Abdullah ketika di masjid
lihat dalam gambar, ramai jemaah muslimat ketika ini.
Seperti biasa kami akan duduk di dinding belakang sekali
supaya tidak maenarik perhatian jemaah yang sedang
khusyuk mendengar kuliah

Membawa anak2 ke masjid bererti anda memperkenalkan suasana (biah) yang baik kepada anak2 anda. Persekitaran yang baik itu penting untuk mencorak anak-anak menjadi seorang yang baik di masa hadapan InsyaAllah.

Banyak ilmu dan keberkatan yang boleh anda dan anak-anak dapat ketika di Masjid. Masjid itu adalah nadi orang Islam. Banyak input-input positif yang anak anda boleh dapat di masjid jika anda sering membaca mereka ke sana sejak dari kecil.

Jom bawa anak2 ke masjid supaya mereka mendapat faedah dan keberkatannya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...