بسم الله الرحمن الرحيم
Pada tahun lepas, saya pernah menulis tentang tips2 untuk membawa anak2 ke masjid. seperti di sini:
Pelbagai tips berguna yang telah saya kongsikan dalam entri tersebut bagi ibu bapa yang ingin membawa anak2 ke masjid.
Apa2pun bagi mereka yang tidak pernah membawa anak2 ke masjid, mungkin ada rasa cuak dan takut jika anak2 dijeling oleh pakcik dan makcik yang garang.
Jadi, tips utama bagi yang belum pernah membawa anak ke masjid ialah:
PASTIKAN KEADAAN MASJID TERSEBUT SEBELUM BAWA ANAK2 KE SANA.
Mungkin ramai yang berpendapat banyak masjid yang bersifat tidak mesra kanak2.
Bagi saya, kita perlu bijak mencari alasan kukuh untuk berdegil membawa anak2 ke masjid dengan cara memastikan keadaan masjid dahulu sebelum membawa anak2 ke sana.
(nampak sangat seperti seorang yang degil kan? haha)
Apa maksudnya pastikan keadaan masjid tersebut?
Maksudnya anda (atau minta suami) pastikan beberapa aspek di bawah:
1- Keluasan masjid
2- Bilangan jemaah
3- Keselesaan Masjid
4- Aktiviti Masjid
5- Jarak tandas
PERTAMA:
Pastikan keluasan masjid kerana masjid yang besar akan mengurangkan bunyi jika anak-anak bising. Dan anda juga boleh cari port lain (seperti di luar masjid) jika anak2 bising.
Kebanyakan masjid mempunyai kawasan luar masjid juga agak selesa, sudah ada kipas. Jadi apa salahnya duduk di luar jika anak2 meragam kan?
Bukanlah nak cari masjid yang besar macam Masjid Negara, tapi cukuplah sekadar kalau anak kita buat bising, tak berapa mengganggu jemaah lain

KEDUA:
Pilihlah masjid yang bilangan jemaahnya kurang.
Kenapa?
Supaya anda tidak stress jika dijeling. haha
Bilangan jemaah yang sedikit membuatkan anda lebih berkeyakinan untuk membawa anak2 ke masjid. Anak anda juga akan selesa bergerak tanpa ada orang yang memarahinya
Biasanya kaum muslimat agak kurang pergi ke masjid, kadang2 takde pun kaum muslimat di masjid.
Jadi minta suami pastikan ramai tak muslimat di kawasan muslimat di dalam masjid, jika tidak, anda boleh mula membawa anak2 ke masjid sebagai langkah permulaan. Tiada mata yang akan menjeling dan membulat kepada anak2 anda.

OK, InsyaALLAH akan bersambung di entri akan datang.
Banyak faedah membawa anak ke Masjid dan kita perlu bijak mengatur strategi untuk membawa anak2 ke masjid supaya mereka mendapat faedah tersebut. Rugi kalau anak-anak tidak memilikinya.
Salam. Saya selalu bawa anak pi masjid. Sebabnya alhamdulillah kat sini (uia) memang ramai orang bawa anak pi masjid. Suasana dia lebih macam kat masjid nabawi. Luas dan ramai kanak2. Kalau bulan puasa tu lagi la ramai. Jemaah wanita yang solat sambil dukung baby tu perkara biasa. Jemaah juga faham kepentingan mendidik anak2 dari kecil untuk cintakan masjid. Jadi dah macam budaya pulak kat sini. 10 akhir ramadhan biasanya ada program i'tikqaf. Waktu tu family beranak kecil berbondong2 datang memeriahkan qiamullail. Bersepah2 tidur di bahagian belakang masjid. Kadang2 ada anak2 kecil yang jadi perhatian bila mereka memperdegarkan bacaan quran mereka. Kalau Abbudey dan Abdullah datang mungkin dijemput memperdengarkan hafazan kat speaker utama. Kalau nak rasa i'tiqaf disini jemputlah ke UIA gombak. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...seronok dengar cerita Puan Iza tentang aktiviti di Masjid UIA Gombak. =)
DeleteMoga masjid2 lain juga dapat mencontohinya.
InsyaALLAH ada rezeki, kami juga dapat berqiamullail pada 10 akhir ramadan di sana. Amin.
Terima kasih atas info.